Wednesday, October 21, 2009

'Rasul Melayu' dipenjara 10 tahun, 6 sebatan


Ketua ajaran sesat "Rasul Melayu", Abdul Kahar Ahmad hari ini dijatuhi hukuman penjara 10 tahun, denda RM16,500 dan enam sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah di Shah Alam selepas mengaku bersalah terhadap lima tuduhan pindaan mengikut Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor 1995.

Hakim Syarie Abu Zaky Mohammad turut memerintahkan Abdul Kahar, 59, dihantar menjalani pemulihan di Pusat Pemurnian Akidah Baitul Iman di Hulu Yam Baharu pada enam bulan terakhir pelaksanaan hukuman penjara itu.

Mahkamah memerintahkan agar hukuman bagi kelima-lima kesalahan itu dijalankan secara berasingan berkuat kuasa dari tarikh tertuduh ditangkap iaitu pada 16 September lalu.

Abdul Kahar dijatuhi hukuman penjara tiga tahun dan enam kali sebatan bagi tuduhan di bawah Seksyen 7 iaitu menjelaskan doktrin palsu dengan menyatakan bahawa sembahyang hanya cukup sekadar mencegah daripada membuat perkara keji dan mungkar sahaja dan ibadah Haji sekarang ini adalah sia-sia dan merugikan.

Dia dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan denda RM4,500 atau setahun penjara bagi kesalahan mengisytiharkan diri sebagai Rasul Orang Melayu sedangkan pengisytiharan itu adalah palsu serta bertentangan dengan ajaran Islam, mengikut Seksyen 8 (a).

Tertuduh juga dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan denda RM4,500 atau setahun penjara bagi tuduhan di bawah Seksyen 10 iaitu mempersendakan dengan perkataan amalan yang berhubung dengan Agama Islam iaitu menyatakan: "Sekiranya ada orang yang berbuat mungkar barulah boleh solat, mencegah kemungkaran ini adalah rukun, mentaati Allah itu adalah sujud, tidak perlu tonggang tonggek dan membebel seorang-seorang."

Bagi tuduhan di bawah Seksyen 12 iaitu menghina pihak berkuasa agama dengan mengingkari dan melanggar arahan Mufti, Abdul Kahar dijatuhi hukuman penjara setahun dan denda RM3,000 atau setahun penjara.

Dia dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan denda RM4,500 atau setahun penjara bagi tuduhan di bawah Seksyen 13 iaitu menyebarkan pendapat yang bertentangan dengan fatwa iaitu mengaku dirinya Rasul yang diutuskan oleh Allah untuk orang Melayu, menyatakan bahawa sembahyang lima waktu tidak wajib, memadai hanya melakukan kebaikan dan menjauhi kemungkaran dan menyatakan bahawa ibadah Haji itu tidak perlu ditunaikan di Mekah serta boleh dikerjakan di mana-mana sahaja di bumi Allah.

Abdul Kahar yang tidak bekerja didapati melakukan kesemua kesalahan itu di sebuah rumah beralamat No.44, Jalan Bunga Ros, Kampung Kemensah, Ulu Klang, Ampang, Gombak, antara 19 Mei dan 23 Jun 2005.

Sejurus mahkamah menjatuhkan hukuman, Abdul Kahar yang berdiri di kandang tertuduh kelihatan tenang manakala anggota keluarganya yang turut hadir di mahkamah dilihat menangis teresak-esak sambil berpelukan.

Hakim Abu Zaky yang mengambil masa hampir dua jam membacakan penghakiman setebal 55 muka surat berkata, dalam menjatuhkan hukuman, mahkamah perlu melihat
kepada keseriusan kes seperti itu yang semakin berleluasa pada masa ini selain mengutamakan kepentingan awam.

Beliau berkata mahkamah juga perlu mempertimbangkan hukuman yang boleh mencegah dan memberi pengajaran bukan sahaja kepada tertuduh tetapi juga masyarakat Islam supaya tidak melakukan kesalahan yang serupa.

"Mengenai dakwaan tertuduh bahawa dia jahil dan tidak berpendidikan tinggi, mahkamah berpendapat tertuduh tidak seharusnya menyebarkan perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam dan mahkamah percaya tertuduh adalah seorang dewasa yang waras dan boleh berfikir.

"Pada umur 59 tahun, tertuduh sepatutnya tunjukkan kematangannya, namun tindakan tertuduh amat sukar diterima oleh mahkamah lebih-lebih lagi tertuduh beragama Islam sejak lahir, mempunyai keluarga dan sepatutnya sebagai ketua keluarga kena jalankan tanggunjawab seperti memastikan keluarga tunaikan solat lima waktu, tetapi sebaliknya tertuduh telah persenda ajaran Islam dan isytihar diri sebagai Rasul Melayu," katanya.

Tindakan tertuduh bukan sahaja satu penghinaan kepada agama Islam tetapi juga kepada ajaran Nabi Muhammad S.A.W, katanya.

Mengenai pengakuan Abdul Kahar bahawa dia sudah bertaubat atas perbuatannya itu, beliau berpendapat tertuduh hanya menyatakan keinsafannya selepas ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah.

"Mahkamah juga berpendapat pihak pembelaan gagal mengemukakan bukti dokumen
akujanji (menyatakan bahawa dia telah insaf dan bertaubat) yang ditulis sendiri oleh tertuduh, lahir dari hati tertuduh sendiri dan tanpa paksaan dari mana-mana pihak," katanya.

Mengenai rayuan pihak pembelaan terhadap pelaksanaan hukuman sebat, Hakim Abu Zaky berkata sejak akhir-akhir ini sering timbul polemik dan kekeliruan di kalangan masyarakat yang menyamakan hukuman sebatan jenayah syariah sama dengan sebatan jenayah sivil.

"Sebatan syariah tidak zalim sama sekali kerana ia diibaratkan seperti denda yang dikenakan oleh seorang guru kepada muridnya dan ibu bapa kepada anak yang bertujuan untuk mengajar," katanya.

Beliau berharap tertuduh gunakan peluang di pusat pemulihan kelak untuk bertaubat, mendalami agama Islam dan perbaiki diri.

Pihak pendakwaan diwakili Ketua Pendakwa Syarie Selangor Abdul Shukor Abd Hamid dan Pegawai Pendakwa dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Muhamad Nazri Basrawi dan Zusyarafain Md Yusof manakala peguam syarie Norazmi Mohd Arif mewakili tertuduh. - Bernama-http://www.malaysiakini.com

AMK: BN 'rampas' perjuangan Pakatan


Angkatan Muda PKR (AMK) mengakui perjuangan 16 September yang sering disebut-sebut oleh Pakatan Rakyat akhir tahun lalu telah "dirampas" oleh BN apabila tarikh tersebut diumumkan sebagai satu cuti umum.

Ketua pergerakan itu, Shamsul Iskandar Mat Akin bagaimanapun berpendapat, pengumuman itu juga merupakan satu bentuk sokongan kerajaan BN ke atas usaha-usaha yang dilakukan Pakatan Rakyat untuk membina kesamarataan di antara semenanjung serta Sabah dan Sarawak.

"Ini turut memberi peluang kepada rakyat untuk membina kefahaman bahawa Pakatan kini telah sudah berupaya menjadi kerajaan," katanya.

Shamsul berkata BN juga kini tidak lagi mempunyai idea baru untuk diketengahkan sehingga "terpaksa mengambil idea Pakatan Rakyat."

"Bukan sahaja ini memberi sokongan kepada perjuangan Pakatan selama ini, mereka juga nampaknya telah hilang punca untuk mendepani tuntutan daripada pemimpin BN serta rakyat di sana dengan memberikan cuti umum ini," katanya lagi.

Pakatan Rakyat telah menimbulkan isu sambutan Hari Malaysia dengan giat ketika cuba meraih sokongan pemimpin BN di Sabah dan Sarawak, dalam usahanya mengambil alih kerajaan persekutuan menjelang 16 September tahun lalu.

Katanya lagi, pengumuman cuti umum itu hanyalah sebahagian kecil daripada usaha Pakatan selama ini untuk memberi lebih pengiktirafan kepada Sabah dan Sarawak dalam persekutuan Malaysia.

Bayaran royalti

Tambahnya, pengumuman cuti umum itu juga tidak memberi gambaran sebenar berhubung sambutan Hari Malaysia, sedangkan dua negeri tersebut masih terpinggir dalam bidang ekonomi.

"Najib melihat kepada (retorik) sambutan Hari Malaysia dan bukannya pengisian hari tersebut. Pengumuman cuti umum ini hanya untuk memperingati penggabungan Sabah, Sarawak dan semenanjung Malaysia," katanya.

Tambahnya lagi, kerajaan persekutuan sebaliknya perlu memberi bayaran royalti sewajarnya kepada Sabah dan Sarawak, sebagai pulangan daripada sumber petroleum daipada negeri berkenaan.

Shamsul menjelaskan, sekiranya tuntutan itu tidak dipenuhi, ketidakseimbangan ekonomi antara semenanjung dan Sabah serta Sarawak akan terus berlanjutan.

"Dari segi kemiskinan Sabah masih dianggap negeri miskin, termasuk Sarawak. Negeri ini juga masih ketinggalan dari segi pendidikan dan infrastruktur," katanya lagi.

Tuntuan untuk menaikkan kadar royalti minyak Sabah dan Sarawak daripada 5 peratus kepada 20 peratus itu merupakan salah satu modal PKR bagi meraih lebih banyak sokongan di dua negeri berkenaan.

Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini telah berjanji untuk menyemak semula perjanjian antara kerajaan negeri berkenaan dengan kerajaan persekutuan yang dibuat pada 1976, untuk menaikkan kadar royalti berkenaan.-http://www.malaysiakini.com

PKR Perak tidak letak harapan pada Jamaluddin dan Osman


PKR Perak tidak akan meletakkan harapan kepada dua wakil rakyatnya yang berpaling tadah kepada BN untuk kembali menyokong mereka semata-mata untuk membolehkan DUN negeri itu dibubarkan.

Walau timbul desas-desus menyatakan ADUN Behrang dan Changkat Jering telah berhubung dengan PKR negeri, parti itu tidak akan melayan apa-apa tuntutan mereka itu yang didakwa mementingkan "kepentingan sendiri", kata Ketua penerangan PKR Perak, Zulkifli Ibrahim.

Menurutnya lagi, Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) serta Mohd Osman Jailu (Changkat Jering) dipercayai masih merupakan wakil rakyat bebas.

"Mereka ada berhubung dengan PKR negeri, itu maklumat yang kita dapat tapi kita tak dapat sahkan," kata Zulkifli ketika dihubungi Malaysiakini semalam.

Zulkifli juga berkata PKR perlu menolak sekiranya benar Jamaluddin dan Mohd Osman telah berhubung dengan PKR negeri untuk kembali menyokong parti tersebut.

"Saya nampak ia lebih kepada kepentingan peribadi, lebih-lebih lagi Behrang," kata Zulkifli lagi.

Beliau turut mendakwa Jamaluddin telah membuat beberapa rundingan melibatkan jawatan dengan BN, setelah keluar daripada PKR.

Menurut Zukifli lagi, rundingan yang dibuat oleh Jamaluddin itu adalah untuk membolehkan masyarakat setempat terus menyokongnya walaupun telah keluar dari parti.

Perbicaraan kes rasuah

Zulkifli mendakwa, Jamaluddin telah meminta kepimpinan BN negeri meletakkan dua orang calon ketua kampung di Behrang yang diketahui sebagai penyokong bekas wakil rakyat PKR tersebut.

"Dia kata kalau Umno tidak letakkan orang dia jadi calon ketua kampung, dia ugut untuk tidak akan sokong usul bajet negeri," kata Zulkifli lagi yang menjelaskan mengenai insiden yang diketahuinya berlaku kira-kira dua bulan lalu.

"Sekarang dua orang ketua kampung itu memang orang (Jamaluddin)," katanya lagi.

Kata Zulkifli lagi, kes rasuah yang masih berjalan terhadap mereka akan tetap digunakan oleh BN untuk menekan kedua-duanya.

Jamaluddin dan Mohd Osman masing-masing telah didakwa di Mahkamah Sesyen Ipoh pada akhir Ogos tahun lalu atas tuduhan menerima rasuah masing-masing membabitkan RM100,000 dan RM5,000.

Zulkifli menegaskan, Pakatan Rakyat Perak kini harus menumpukan terhadap usaha jangka panjang dan bukannya bertindak semata-mata untuk memastikan DUN Perak dibubarkan.

Katanya lagi, walaupun Pakatan Rakyat di negeri itu sememangnya mahu pilihan raya peringkat negeri diadakan, tetapi tidak semestinya dengan mengembalikan sokongan Jamaluddin, Mohd Osman serta seorang lagi wakil rakyat DAP yang telah meninggalkan Pakatan Rakyat.

"Dalam masa sekarang, kita tidak boleh letakkan harapan kepada mereka... Kalau mereka masih memihak kepada kita, mereka boleh sokong kita.

"Tapi saya tak rasa begitu sebab kalau mereka sokong, sudah tentu kerana sebab mereka berkepentingan," kata Zulkifli lagi. -http://www.malaysiakini.com

Status Suhakam dinilai bulan depan


Satu penilaian khas berkenaan status Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) akan dijalankan pada 14 hingga 16 November ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong berkata penilaian khas itu akan dijalankan oleh "Jawatankuasa Penyelaras Antarabangsa Mengenai Institusi Kebangsaan Bagi Pengenalan dan Perlindungan Hak Asasi Manusia Sub Jawatankuasa untuk Pengiktirafan" (ICC SCA).

Liew berkata sehingga kini status Suhakam adalah pada status A.

"Hanya pada tarikh tersebut keputusan muktamad mengenai status akreditasi Suhakam akan dibuat," katanya menjawab soalan R. Sivarasa (PKR-Subang) dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Sivarasa ingin tahu mengenai langkah seterusnya untuk memastikan bahawa Suhakam tidak diturunkan statusnya kepada status B oleh Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu kerana tidak mematuhi Prinsip-Prinsip Paris.

Liew berkata kenyataan bahawa Suhakam tidak mematuhi Prinsip-Prinsip Paris adalah tidak benar memandangkan kerajaan telah membuat pindaan sebanyak dua kali kepada Akta 597 bagi menekankan lagi ketelusan dalam proses lantikan anggota Suhakam seperti yang ditekankan dalam Prinsip-Prinsip Paris.

"Dengan pindaan akta tersebut diharapkan ICC SCA berpuas hati dengan langkah-langkah yang telah diambil Malaysia bagi mengekalkan kedudukan Suhakam pada status A," katanya.

Ketika menjawab soalan tambahan Sivarasa mengenai seorang Pesuruhjaya Suhakam yang tidak dibenarkan melawat depot tahanan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk menemubual 200 pelarian dari Sri Lanka pada Isnin lepas, Liew berkata perkara itu adalah tidak benar.

"Mengikut rekod yang ada pada kami, tiada permohonan dari Suhakam untuk melawat depot tahanan KLIA pada masa itu. Pada waktu itu hanya UNHCR yang melawat depot KLIA," kata beliau merujuk kepada Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Mengenai Orang Pelarian (UNHCR).

"Sekiranya pihak Yang Berhormat ingin melawat depot tahanan bolehlah berhubung dengan pihak kami. Kementerian Dalam Negeri dan pihak Imigresen juga sentiasa buka pintu untuk menyambut kedatangan pihak Yang Berhormat ataupun Suhakam," katanya. - Bernama-http://www.malaysiakini.com

Tiada bukti 100 Plus 'ubati' demam denggi


KUALA LUMPUR, 21 Okt: Parlimen diberitahu hari ini bahawa tiada kajian saintifik yang membuktikan bahawa minuman isotonik 100 Plus boleh memulihkan pesakit demam denggi sebagaimana di gembar-gemburkan oleh masyarakat umum.

Demikian dinyatakan oleh Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin menjawab solan tambahan Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) berhubung dakwaan minuman itu berjaya memulihkan penyakit demam denggi itu

"Bagaimanapun, saya ingin berkongsi pengalaman saya di mana ada saudara saya yang dijangkiti demam juga meminum air 100 Plus.

"Dan alhamdulillah sehingga kini beliau sihat dan tidak memudaratkan," katanya di Dewan Rakyat pagi tadi.

Ibrahim sebelum ini menyatakan ada khabar angin bahawa minuman itu merupakan ubat mujarab untuk mereka yang diserang penyakit demam denggi.

"Saya diberitahu ada di kalangan penghidap yang minum 100 Plus katanya pulih, secara kebetulan atau tidak saya tidak tahu.

"Persoalannya ialah saya bimbang jika ia menjadi kepercayaan kerana bagi yang kena demam denggi kalau ada diabetes dan minum 100 Plus, sepatutnya mati dua tahun lagi dia mati esok.

Bagaimana kementerian hendak beri kesedaran dan kepercayaan dari segi ubatan untuk memulih sakit seperti ini dan mereka diberi kefahaman jelas dan tidak ambil mudah," katanya.

Dalam pada itu, Harakahdaily turut mendapatkan maklumbalas beberapa doktor perubatan berhubung dakwaan itu dan rata-rata menyatakan ianya sesuatu yang belum pernah dibuktikan malahan ada antaranya menggangap sebagai gembar-gembur untuk mendapat keuntungan.

"Yang kita sarankan ialah minum air suam atau air kosong banyak-banyak bagi memulihkan demam denggi. "Barangkali dengan hebahan seperti itu, bukan beri keuntungan kepada pihak-pihak tertentu," kata seorang doktor yang enggan dikenali ketika ditemui.

Rosnah kemudiannya menjelaskan kementerian telah menjalankan pelbagai kempen kesedaran serta menyediakan talian khas bagi membolehkan orang ramai menghubungi kementerian sekiranya terdapat kemusykilan mengenai wabak demam denggi itu.

Sementara itu, ketika menjawab soalan asal Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) sama ada penyakit demam denggi tersebar luas di Malaysia atau tidak, Rosnah berkata kes demam denggi di negara ini pada tahun ini menunjukkan penurunan.

Katanya sehingga 17 Oktober lepas, jumlah terkumpul kes denggi dilaporkan berjumlah 33,123 kes berbanding dengan 36,234 kes pada tempoh sama tahun lepas yang menunjukkan penurunan kes demam denggi sebanyak 3,111 kes.

Beliau berkata jumlah kematian denggi pada tahun ini juga berjaya dikurangkan kepada 72 kes berbanding 80 kes dalam tempoh yang sama tahun lepas.-http://kedahlanie.blogspot.com

Tuesday, October 20, 2009

Pilihanraya Umum Mengejut?


Tidak mustahil untuk Najib mengadakan pilihanraya mengejut dengan kejayaan 'bergaya' mereka di Bagan Pinang.

Walaupun 3,000 lebih dari majoriti mereka di Bagan Pinang diperolehi dari undi pos, BN tetap berpuashati kerana pengundi bukan Melayu iaitu India dan Cina didakwa kembali memberikan sokongan padu kepada BN.

Najib yang sememang mempunyai perancangan untuk menghapuskan saki baki 'orang-orang' Pak Lah mungkin tidak sabar untuk berbuat demikian. Caranya satu sahaja iaitu mengadakan pilihanraya umum segera dan memilih semua 'orangnya' untuk bertanding di Parlimen dan DUN.

Perkara ini tidak mustahil di lakukan.

Namun begitu Najib mungkin berfikir 2 kali sekarang kerana MCA dan MIC serta PPP sedang berkecamuk dengan masalah dalaman.-mutaligat.blogspot.com

Pakar: 80% kemungkinan Teoh dibunuh


Seorang pakar patologi dari Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand membuat pendedahan yang mengejutkan dalam inkeus kematian Teoh Beng Hock pagi ini dengan menyatakan bahawa setiausaha politik itu mungkin telah dicekik sebelum jatuh dari tingkat 14 Plaza Masalam.

Katanya, terdapat tanda bulat pada leher Teoh yang menunjukkan dia 'dicekik'.

Menurutnya lagi, retakan pada tengkorak Teoh bukan satu kecederaan akibat terjatuh.

Manakala kecederaan pada lubang dubur Teoh, katanya, boleh disebabkan dicucuk dengan objek sebelum dia jatuh.

Ini, katanya, berdasarkan kepada gambar-gambar yang diambil di tempat Teoh ditemui jatuh.

Dr Pornthip membuat kesimpulan bahawa kemungkinan 80 peratus Teoh dibunuh dan 20 peratus dia membunuh diri.

Beliau juga tidak bersetuju dengan pandangan pakar-pakar forensik bahawa Teoh "jatuh dalam keadaan sedar" tetapi sebaliknya menegaskan bahawa mangsa mungkin tidak sedar.

Beliau memberi tiga sebab dalam membuat kesimpulan tersebut, iaitu:

1) Laporan bedah siasat menyatakan mangsa masih hidup ketika jatuh di tanah, tetapi beliau (Dr Pornthip) tidak menemui kecederaan untuk melindungi diri.

2) Beliau menemui luka-luka yang kelihatan berlaku sebelum mangsa jatuh.

3) Kecederaan pada bahagian dada adalah akibat impak awalan.

Beliau memberi keterangan sebagai saksi pakar di inkues tersebut yang diadakan untuk menentukan punca kematian Teoh.

Dr Pornthip adalah pengarah dan pengasas bersama Institut Pusat Sains Forensik Kementerian Keadilan Thailanad dan dianggap pakar dalam siasatan kes-kes pembunuhan yang rumit.

Teoh - setiausaha politik kepada exco Selangor, Ean Yong Hian Wah - ditemui mati selepas memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di tingkat 14 Plaza Masalam berhubung dakwaan salahguna wang negeri pada 15 Julai lalu.-http://malaysiakini.com/bm/

Bawa isu undi pos ke peringkat antarabangsa


Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) bercadang untuk memanjangkan isu undi pos dalam pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang ke peringkat antarabangsa sekiranya aduan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) hari ini, tidak mendatangkan sebarang hasil.

Ketua Pemudanya, Nasrudin Hassan berkata untuk tujuan itu, mereka akan mengambil contoh seperti yang dilakukan oleh pembangkang Afghanistan, yang telah berjaya membatal keputusan pilihan raya negara itu, yang melibatkan lebih sejuta undi.

“Kemungkinan besar juga kita akan bawa ke peringkat antarabangsa seperti langkah yang diambil oleh lawan kepada (presiden) Hamid Karzai di Afghanistan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengiringi Ketua Penerangan Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat yang menyerahkan aduan mereka kepada Pesuruhjaya Suhakam, Datuk Siva Subramaniam di pejabatnya pagi ini.

Dalam aduan tersebut mereka telah menyenaraikan sembilan kesalahan yang mencabul hak asasi sewaktu pengendalian pengundian pos dalam plihanraya kecil DUN tersebut, 11 Oktober lalu.

Membentangkan aduannya bagi menuntut sebuah siasatan awam dijalankan untuk menyiasat dakwaan tersebut, Suhaizan mendakwa terdapat ketidaktelusan dan keraguan dalam proses penyerahan kertas undi, perbezaan susunan dalam daftar undi pos dan nama pengundi pos yang ditetapkan di dua kawasan pengundian berbeza.

Suhaizan juga berkata, kegagalan PAS mendapat sebarang undi di saluran 14, 15 dan 16 yang melibatkan hampir 900 pengundi dalam pilihan raya di DUN itu, adalah tidak munasabah.

"Persoalannya mengapa PAS dapat kosong (undi) dan BN dapat 881? Apakah munasabah anggota tentera yang dalam proses pencen tidak langsung mengundi PAS?" katanya, mendakwa golongan tersebut biasanya lebih kritis kepada kerajaan.

Beliau yang mengetuai jawatankuasa undi pos dewan itu juga mendakwa, terdapat pasangan suami isteri yang diberikan kertas undi pos berdekatan sebuah pasar mini dekat Teluk Kemang pada jam 7.30 petang.

"Jika inilah cara penyerahan sampul keutamaan, maka kaedah ini sangat mudah dimanipulasi oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Kaedah ini sangat mencurigakan," katanya.

Sementara itu, Siva berkata, beliau akan memanjangkan aduan Pemuda PAS itu kepada Pengerusi Suhakam, Tan Sri Abu Talib Othman dan barisan pesuruhjaya sebelum membuat keputusan sama ada perlunya diadakan siasatan awam tersebut.

Katanya, Suhakam sendiri telah banyak kali menerima aduan mengenai dakwaan penyalahgunaan undi pos.

Sehubungan itu, katanya, Suhakam telah menggariskan beberapa cadangan bagi penambahbaikan sistem itu.

Antaranya, kata Siva lagi, ialah menghadkan undi pos hanya untuk anggota pasukan keselamatan yang menjalankan “tugas aktif” – dalam peperangan, menjaga sempadan dan menjadi diplomat.

DUN Bagan Pinang mempunyai jumlah pengundi pos yang ramai iaitu 4,611 daripada keseluruhan 13,664 pengundi di situ.

Pengundi pos itu terdiri daripada 4,571 anggota tentera dan 31 lagi anggota polis dan awam. -http://malaysiakini.com/bm/

Sekolah beli pokok 880% lebih mahal


Kementerian Pelajaran membelanjakan hampir RM60,000 untuk kerja membekal, menanam dan penyelenggaran taman sebuah sekolah di Pasir Puteh, Kelantan kerana membayar harga pokok-pokok yang terlalu mahal, demikian menurut Laporan Ketua Audit Negara 2008.

Laporan tersebut yang dibentangkan di Parlimen Isnin lalu, mendedahkan bahawa kementerian telah membeli pokok dan tanaman senitaman bagi Sekolah Kebangsaan Bukit Jawa 2, Pasir Putih, Kelantan dari pembekal tempatan secara pembelian terus.

Menurut laporan tersebut, kementerian berkenaan, sebagai contohnya, telah membayar sehingga RM4,550 bagi 13 pokok kemboja dan RM9,000 bagi 12 pokok pinang merah.

Bagaimanapun, selepas semakan dibuat dengan pembekal tempatan lain yang menawarkan perkhidmatan yang sama, laporan itu berkata, didapati kementerian tersebut boleh membeli pokok yang sama dengan harga yang jauh lebih murah.

Sebagai contohnya, pokok kemboja dan pinang merah - bagi jumlah yang sama - masing-masing boleh dibeli dengan harga RM585 dan RM1,560.

Oleh itu, kata laporan tersebut, kementerian berkenaan telah membelanjakan antara 470 peratus hingga 880 peratus atau empat hingga lapan kali lebih mahal daripada harga pasaran.

Berdasarkan laporan tersebut, kementerian tersebut telah membayar RM37,450 bagi pokok-pokok tersebut, sedang ia sepatutnya dalam menjimatkan sekurang-kurangya RM31,000.-http://malaysiakini.com/bm/

Gempar 35 sejadah berdiri di surau


Warga SK Tok Sangkut di Pasir Mas gempar apabila 35 helai sejadah di dalam surau didakwa berdiri secara misteri dengan sebahagiannya menyerupai individu sedang menunaikan solat.

Kejadian itu disedari seorang murid yang kemudiannya memaklumkan kepada gurunya Adnan Abdullah, 37, ketika sesi pembelajaran dijalankan berhampiran surau berkenaan.

"Kejadian berlaku pukul 10.40 pagi, ketika saya menjalankan sesi pembelajaran di luar kelas disebabkan kelas sedang diubahsuai, seorang murid yang terpandang ke arah surau memberitahu sejadah kelihatan berdiri," katanya kepada pemberita di Pasir Mas hari ini.

Adnan berkata beliau kemudiannya membuka pintu surau dan amat terkejut melihat sebanyak 35 helai sejadah dalam keadaan berdiri iaitu 16 helai di bahagian lelaki dan 19 lagi di bahagian perempuan.

"Lebih aneh lagi apabila satu helai lagi berada di bahagian hadapan sekali iaitu di tempat imam dalam keadaan yang sama menunjukkan seolah-seolah sedang melakukan solat secara berjemaah," katanya yang telah mengajar di sekolah berkenaan sejak tujuh tahun lalu.

Menurut Adnan, beliau percaya kejadian itu membuktikan keagungan Allah yang mahu umatnya bermuhasabah diri.

"Bagaimanapun ia terpulang kepada tafsiran individu, bagi saya tak mungkin perkara ini dilakukan oleh manusia kerana tempoh semua sejadah dalam keadaan demikian lama," katanya.

Beliau berkata pada bulan Ramadhan yang lepas perkara yang sama turut berlaku di rumah penduduk kampung berkenaan apabila sehelai sejadahnya turut berdiri sendiri.

Manakala bagi pembantu penguasa pejabat agama Pasir Mas, Kamarudin Zakaria yang ditemui di situ berkata beliau tidak menolak kemungkinan perkara itu dilakukan oleh individu yang tidak bertanggungjawab untuk menggemparkan penduduk setempat.

"Ia terpulang kepada tafsiran setiap individu untuk menganggap ia perkara ajaib atau sebagainya, tetapi bagi saya perkara-perkara sebegini boleh memesongkan akidah seseorang," katanya.

Kamarudin berkata pihaknya akan memaklumkan perkara berkenaan kepada jabatan agama dan jika sejadah masih dalam keadaan demikian sehingga esok, pihaknya akan mengambil tindakan yang perlu.

Sementara itu, kawasan sekolah berkenaan sesak dengan orang ramai yang ingin melihat kejadian itu dari dekat. BERNAMA-http://malaysiakini.com/bm/

Pakatan hadapi spekulasi p'raya Perak


Pakatan Rakyat di Perak terus bersedia menghadapi pilihan raya mengejut peringkat negeri – seperti yang mereka tuntut – walaupun tidak sepenuhnya yakin BN berani mengadakannya dalam masa terdekat.

Desas-desus mengenai kemungkinan pilihan raya negeri dipanggil muncul semula susulan perkembangan terkini di negeri ini, antaranya sambutan besar sehingga 50,000 orang di program pelancaran 1Malaysia di Ipoh kelmarin.

Ia diperkuatkan lagi dengan semakan daftar pemilih baru peringkat Perak selama seminggu sehingga Isnin depan, selain kesediaan Pakatan Rakyat menyediakan manifesto baru untuk berdepan dengan pilihan raya mengejut.

Difahamkan, gabungan tiga parti pembangkang itu juga sedang menggiatkan jentera mereka.

Ura-ura lebih 20 ADUN BN sudah mengambil foto terbaru masing-masing menguatkan spekulasi negeri ini bakal menghadapi pilihan raya.

Satu sumber Pakatan Rakyat menyebut, masih tidak jelas tujuan foto itu diambil sama ada untuk dijadikan poster atau sebab-sebab lain.

Krisis politik terus berlarutan di Perak, antara yang penting perebutan jawatan menteri besar antara Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dengan penggantinya Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir melalui proses mahkamah akan didengar awal bulan depan.

Sementara persidangan DUN untuk pembentangan belanjawan negeri bermula 28 Oktober di tengah-tengah pertikaian siapa Speaker yang sah – sama ada V Sivakumar atau penggantinya Datuk R Ganesan.

Walaupun mengalu-alukan pilihan raya negeri, Mohamad Nizar berkata, perdana menteri tidak seharusnya melihat kejayaan menganjurkan program 1Malaysia sebagai penanda aras sokongan rakyat Perak kepada BN.

"Kalau nak tengok populariti di satu program saja, kalau tengok (keputusan) Bagan Pinang saja tidak boleh kata (BN) boleh menang," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

"Kita tahu rakyat masih menyokong Pakatan Rakyat."

BN bagaimanapun, tegasnya, masih perlu menghadapi rakyat untuk mendapatkan mandat sahih daripada rakyat.

"Kalau ia betul-betul yakin dengan persepsi itu, ia kena uji. Ia kena berani menghadap ke bawah duli Tuanku (Sultan Perak) dan mohon untuk adakan pilihan raya," kata ADUN Pasir Panjang.

Mohamad Nizar menambah, Pakatan Rakyat menjangka pilihan raya itu akan diadakan dan telah "lama bersedia" untuk menghadapinya. "Pakatan Rakyat sudah ada manifesto untuk pilihan raya ini," katanya, dengan menjelaskan ia disediakan sejak dua bulan lalu.

Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham pula berkata BN mungkin akan memanggil pilihan raya berkenaan berdasarkan pemerhatiannya terhadap beberapa tanda awal.

Katanya, beliau difahamkan wakil-wakil rakyat BN Perak telah menjalani satu sesi rakaman foto di sebuah kedai gambar di negeri itu, kira-kira dua bulan lalu.

"Secara tradisinya, apabila wakil rakyat diambil gambar seperti itu, pilihan raya akan diadakan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Gambar itu diambil lebih awal kerana ia perlu disunting bagi memastikan muka wakil-wakil rakyat BN tersebut kelihatan lebih menarik apabila dicetak pada bahan kempen, tambahnya.

Jelasnya lagi, DAP negeri membuat persediaan sejak tujuh bulan lalu dengan memberikan latihan berterusan.

Ngeh berkata, BN dipercayai akan mengambil kesempatan untuk mendapatkan sokongan rakyat daripada perkembangan kes Mohamad Nizar-Zambry di Mahkamah Persekutuan, 5 November ini.

"Mereka boleh gunakan keputusan mahkamah untuk tunjukkan kepada rakyat bahawa Zambry adalah menteri besar yang sah dan popular," katanya.

"Tetapi bajet negeri pula akan dibentangkan pada 28 Oktober (oleh Zambry). Jika mahkamah putuskan Nizar sebagai menteri besar yang sah, apa akan jadi dengan pembentangan bajet itu, adakah ia juga sah?"

Katanya, BN hanya akan memanggil pilihan raya jika keyakinan rakyat di negeri itu dilihat memihak kepada parti berkenaan.

"Setakat ini, situasi sekarang menunjukkan mereka akan meneruskan dengan cara sedia ada sehingga wujud keadaan lebih baik. Mereka mesti hendak wujudkan faktor feel good di kalangan rakyat dahulu," katanya.

Walaupun tidak menolak kemungkinan pilihan raya negeri, PKR masih belum pasti BN benar-benar ingin membubarkan DUN dan mengadakan pilihan raya semula.

Naib Presidennya Mustaffa Kamil Ayub berkata tanda-tanda bahawa pilihan raya baru akan diadakan kini masih belum jelas.

"Nak kata 'tidak lama lagi pun, tidak boleh juga', BN sendiri pun nampaknya tidak berapa yakin (untuk adakan pilihan raya)," katanya, yang juga bekas pengerusi PKR Perak, kepada Malaysiakini hari ini.

Seperti Mohamad Nizar, yang juga timbalan I pesuruhjaya PAS Perak, Mustaffa Kamil tidak yakin kempen 1Malaysia pada Ahad lalu sebagai petanda penting pilihan raya dengan menyifatkan ia satu "proses biasa".

Beliau juga tidak pasti sesi rakaman gambar wakil-wakil rakyat BN ke arah mengadakan satu pilihan raya baru.

"Saya fikir (foto) itu proses biasa, mereka perlu juga sentiasa bersiap sedia kerana kerajaan sedia ada masih tidak stabil dan sentiasa dicemuh oleh rakyat," jelasnya.

Beliau mengakui PKR sedang mempergiat latihan kepada jentera parti bagi menghadapi kemungkinan pilihan raya, antaranya, ejen tempat mengundi.-http://malaysiakini.com/bm/

KPP: PAS diminta kotakan janji


Kelab Penyokong PAS (KPP) mahu kepemimpinan PAS mengotakan janjinya dengan menyegerakan langkah menaikkan taraf kelab itu sebagai sayap parti itu.

Pengerusi KPP pusat, Hu Pang Chow berkata beliau mendengar banyak rungutan dan kebimbangan di kalangan penyokong Cina ekoran kelewatan PAS merealisasikan hasrat tersebut.

"Saya mendapat maklum balas bahawa ia masih lagi di peringkat kajian. Kenapa lambat sangat.

"Umno (bergerak) cepat dengan konsep 1Malaysia. PAS dengan konsep PAS untuk Semua, kita kena cepat. Masa tidak menunggu kita," kata Hu ketika dihubungi Malaysiakini.

Sebagai contoh, katanya, untuk memasarkan produk baru, seseorang peniaga tidak boleh menunggu selepas enam bulan untuk berbuat demikian.

"Apabila pasaran telah dipenuhi dengan produk yang sama, dengan kuantiti yang banyak dan berkualiti, sedangkan kita tunggu enam bulan, nanti produk tak laku.

"Semua orang merungut dan tertanya-tanya, sebab apa lambat (proses menaik taraf kelab), Kita mempunyai saingan iaitu dengan konsep 1Malaysia.

PAS komited

"Kenapa melengah-lengahkan, nanti produk tak laku," katanya lagi.

Hu diminta mengulas mengenai perkembangan terkini status KPP yang diura-urakan dinaiktaraf menjadi sayap parti.

Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan dilaporkan berkata, jawatankuasa pusat PAS komited untuk menaikkan taraf KPP sebagai sayap parti bertaraf dewan walaupun ada pandangan yang tidak bersetuju dengannya.

Menurut Nasrudin lagi, kepimpinan pusat masih menunggu draf cadangan daripada jawatankuasa teknikal untuk menjadikan KPP menjadi sebuah dewan.

Menurut Hu lagi, kali terakhir beliau mendengar berhubung status kelab tersebut ialah Ogos lalu, yang masih dalam peringkat kajian.

Konsep 1Malaysia

Beliau bimbang kelewatan tersebut akan membolehkan Umno - dengan konsep 1Malaysia - berjaya memenangi hati rakyat berketurunan Cina untuk menyokongnya dalam pilihan raya akan datang.

"Dalam perhimpunan agung Umno, mereka telah mempromsosikan 1Malaysia. Slogan itu berjaya menarik golongan bukan Melayu, terutama kaum Cina.

"Mereka tak sebut mengenai perkauman, tetapi lebih (tertumpu) kepada konsep 1Malaysia yang menekan keadilan kepada semua rakyat.

"Saya bimbang dengan kepimpinan PAS (masih) melengah-lengahkan menaik taraf kelab tersebut. PAS kena selesaikan tahun ini, sebab kita perlukan masa untuk meyakinkan orang dengan produk baru, iaitu sebagai satu dewan," katanya.

Hu menambah, kelab tersebut ditubuhkan sejak tahun 2004 dan diusulkan untuk dinaik taraf menjadi sayap pada muktamar PAS pada 2007.-http://malaysiakini.com/bm/

Anwar: Pakatan Rakyat tidak berpecah


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi bahawa kepimpinan Pakatan Rakyat komited dalam memperkukuhkan gabungan tersebut walaupun terdapat laporan mengenai wujudnya pergeseran antara pemimpin tertingginya.

'Komitmen yang diberikan oleh pucuk pimpinan parti adalah jelas," katanya sambil menambah bahawa mereka akan menangani apa sahaja kelemahan melalui bekerjasama sebagai satu pasukan.

Anwar menegaskan demikian dalam satu sidang akhbar bersama dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang.

Sebagai tanda komitmen mereka, pemimpin tinggi dari DAP dan PAS turut hadir di sidang akhbar tersebut, termasuk Naib Presiden PKR, Azman Ali dan Datuk Zaid Ibrahim, yang dipertanggungjawabkan untuk menyediakan draf rangka kerja dasar bersama Pakatan.

Anwar juga menegaskan bahawa beliau tidak bimbang dengan komitmen pucuk pimpinan Pakatan untuk terus memperkukuhkan kerjasama dalam gabungan tersebut.

Bagaimanapun, katanya, mereka bersetuju bahawa kadang-kadang wujud ketidakselesaan di peringkat akar umbi.

Anwar juga mengingatkan bahawa perbezaan antara pemimpin gabungan itu perlu diselesaikan secara bermuafakat melalui saluran yang ada.

Bagaimanapun, katanya, mereka tidak akan bertolak ansur dengan sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menjejaskan hubungan dalam Pakatan, terutama di peringkat akar umbi.

"Saya tidak bimbang langsung terhadap hubungan kami di peringkat pusat tetapi Umno sudah tentunya akan terus memainkan isu-isu tersebut," kata Anwar lagi.

Beliau juga menafikan wujudnya pergeseran antara Azmin - yang mempunyai masalah dengan para pemimpin PKR Sabah - dengan Zaid, yang telah melawat negeri itu walaupun mendakwa beliau telah dilarang ke sana oleh pucuk pimpinan parti itu.

Azmin telah dipetik dalam laporan media sebagai berkata Zaid tidak dihalang oleh sesiapa pun dalam parti itu daripada menghadiri majlis parti itu di Sabah.

Beliau menggesa Zaid memperjelaskan apa yang dimaksudkannya apabila beliau berkata ketua umum parti itu, Anwar Ibrahim tidak memberi restu kepadanya (Zaid) untuk melawat negeri itu.-http://malaysiakini.com/bm/

India harap KPP segera dinaik taraf


Penyokong PAS daripada kaum India berharap kemerosotan undi masyarakat itu dalam pilihan raya kecil 11 Oktober lalu akan mempercepatkan proses menaikkan taraf kelab penyokong bukan Melayu menjadi sebuah dewan.

"Apabila masyarakat India menyokong BN di Bagan Pinang, kita jangkakan perkara ini (naik taraf) akan menjadi kenyataan tidak lama lagi," kata pengerusi Kelab Penyokong PAS (KPP) kaum India, N Balasubramaniam.

"Selepas muktamar akan datang, ia boleh selesai (proses itu)."

Tambahnya, pengundi India di DUN itu kembali menyokong BN kerana tidak tahan dengan habuan yang dijanjikan kepada mereka, terutamanya di penghujung tempoh berkempen.

"Pada mulanya OK. Respons yang kita terima sehingga hari kelima (berkempen) baik. Tetapi selepas itu, MIC mula bergerak.

"Tiap-tiap hari beri hadiah (pada pengundi), beri periuk nasilah, televisyen, mesin basuh," kata ahli perniagaan itu kepada Malaysiakini hari ini.

Balasubramanian menjelaskan, kemerosotan undi kaum India tidak berlaku dalam pilihanraya kecil Bukit Selambau pada April lalu kerana masyarakat tersebut – yang tinggal sekitar bandar Sungai Petani – lebih terdedah kepada internet dan perkembangan semasa.

Balasubramaniam juga menolak tanggapan kemerosotan itu disebabkan kemunculan parti baru Parti Makkal Sakti Malaysia – serpihan kecil daripada Hindraf – yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 10 Oktober lalu.

Perdebatan mengenai proses menaiktaraf KPP sebagai sebuah dewan kini melalui jalan berliku, sejak ia ditubuhkan pada 2004, walaupun keanggotaannya didakwa sentiasa bertambah.

Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan hari ini berkata, dalam mesyuarat jawatankuasa pusat PAS Ahad lalu, anggota-anggotanya menyuarakan "secara umum" iltizam untuk menaikkan taraf KPP sebagai walaupun ada pandangan yang tidak bersetuju dengannya.

Katanya, PAS pusat masih menunggu draf cadangan bagi tujuan itu bagi memastikannya sama ada perlu melibatkan pindaan perlembagaan atau penambahan peraturan kecil dalam perlembagaan PAS.

Bagaimanapun, difahamkan dalam pertemuan jawatankuasa teknikal di Kedah bulan lepas – dengan penyertaan anggota Majlis Syura Ulama – bagi membincangkan isu tersebut, majoriti tidak bersetuju
dengan cadangan itu.

Dalam pilihan raya DUN di Negeri Sembilan, sokongan India dan Cina kepada BN dilaporkan melonjak sebanyak 42 peratus. -http://malaysiakini.com/bm/

Pemangku Raja sokong K'tan tuntut royalti minyak


Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra Sultan Ismail Petra menyokong usaha kerajaan Kelantan untuk menuntut bayaran royalti petroleum seperti perjanjian yang telah termaktub antara kerajaan negeri dan Petronas pada 1975.

Baginda bertitah berasaskan data daripada Jabatan Perangkaan yang diedarkan Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri, sumbangan Kelantan kepada pengeluaran petroleum seluruh negara bagi tahun 2005 hingga 2008 adalah lebih tinggi daripada pengeluaran negeri Sabah.

"Pengeluarannya adalah sebanyak 5.4 peratus setahun dan mengikut catatan itu pengeluaran petroleum dari perairan Kelantan telah bermula sejak 2005.

"Kerajaan negeri hendaklah meneruskan usaha-usaha bagi mendapatkan royalti berkenaan seperti kehendak perjanjian yang telah termaktub antara kerajaan negeri dan Petronas," titah baginda ketika menyempurnakan Majlis Pembukaan Rasmi Persidangan Ketiga (Belanjawan) Bagi Tempoh Penggal Kedua Dewan Negeri Kelantan Ke-12 di Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kota Bharu hari ini.

Baginda bagaimanapun yakin di bawah prinsip dan semangat persekutuan, Petronas akan melaksanakan kehendak perjanjian berkenaan yang mengkehendaki bayaran tunai dilunaskan sebanyak dua kali setiap tahun.

Titahnya pembayaran royalti itu nanti, baik tunggakan mahupun bayaran semasa, akan meningkatkan pendapatan bagi Kelantan dan jika perkara itu terlaksana, kerajaan negeri dinasihatkan supaya membelanjakan royalti tersebut dengan sebaik mungkin.

"Beta difahamkan kawasan pengeluaran gas dan minyak bagi beberapa kawasan pelantar yang paling hampir adalah dengan negeri ini.

"Beta juga berharap Petronas dan kerajaan pusat dapat memikirkan penempatan aktiviti keperluan pelantar, pembaikian dan penyelenggaraan kapal-kapal ini berada di bumi Kelantan berdasarkan ia paling hampir," titahnya.

Menurut baginda, jika pembangunan berkaitan aktiviti pengeluaran minyak di perairan Kelantan dapat dikembangkan, sudah tentu ia dapat menyumbang kepada pemulihan ekonomi negara dan dapat menarik pelaburan luar negara ke Malaysia.

Isu royalti minyak ini timbul apabila Kelantan menuntut sebanyak RM1 bilion kepada kerajaan pusat berdasarkan pelantar minyak itu dibina di perairan Kelantan.

Kerajaan pusat bagaimanapun sedang meneliti tuntutan Kelantan itu dan kini masih di peringkat kajian secara menyeluruh sama ada Kelantan berhak menerimanya. BERNAMA-http://malaysiakini.com/bm/

Ong pecat ketua biro undang-undang


Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat hari ini mengumumkan keputusan yang mengejutnya dengan memecat ketua biro undang-undang MCA, Leong Tang Chong.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Ong mengesahkan beliau telah memecat Leong tetapi tidak menyatakan siapakah penggantinya.

Katanya, perkara itu telah diputuskan bulan lalu, tetapi kerana beliau terlalu sibuk, maka ianya tertangguh hingga hari ini untuk dilaksanakan.

Bagaimanapun, Ong menafikan bahawa pemecatan Leong itu ada kaitan dengan krisis kepimpinan parti itu.

Bila ditanya sebab Leong dipecat, Ong menjawab ianya semata-mata keputusan pentadbiran dan tidak memerlukan sebarang penjelasan diberikan secara terbuka.

Menurutnya, proses 'rombakan pengurusan dalaman parti' masih berjalan tetapi enggan menamakan jawatan atau individu yang akan terbabit.

"Tidak akan ada perubahan yang besar, tidak timbul soal rombakan kecil atau besar. Jika ianya perlu dilakukan, ia akan dilakukan. Sesetengahnya sepatutnya telahpun dibuat sebelum ini, tetapi kerana tidak ada masa, jadi sekarang baru kita laksanakannya," katanya.

Sementara itu, ketika dihubungi, Leong enggan mengulas dan berulangkali berkata: "Jangan tanya saya, jangan tanya saya, apa juga soalan tanya pada Ong Tee Keat".

Menurut spekulasi, lebih banyak pemimpin parti yang dilantik, dijangka dipecat, termasuk Setiausaha Organisasi Nasional, Yoo Wei How (juga dilantik sebagai ahli jawatankuasa kerja pusat) dan timbalannya, Gan Hong Su.

Dipercayai ini merupakan permulaan terhadap 'drama balas dendam' oleh presiden, yang mensasarkan semua mereka yang telah "mengkhianatinya" sewaktu mesyuarat agung luar biasa (EGM) MCA pada 10 Oktober lalu dan sewaktu mesyuarat jawatankuasa pusat MCA.

EGM tersebut telah meluluskan undi tidak percaya terhadap Ong, dan kemudiannya dalam mesyuarat jawatankuasa pusat, setengah anggotanya dari kalangan penyokong Ong sendiri, dikatakantelah mendesaknyta supaya meletak jawatan. -http://malaysiakini.com/bm/

BN campur MCA jika diminta


Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak akan campur tangan dalam kemelut kepimpinan MCA kecuali jika diminta berbuat demikian oleh semua anggota jawatankuasa pusat (CC) parti itu.

Timbalan perdana menteri berkata hanya jika jawatankuasa pusat sebulat suara berpendapat bahawa nasihat perdana menteri diperlukan untuk menyelesaikan krisis itu, baru Najib selaku pengerusi BN akan campur tangan.

"Beliau (Najib) telahpun menyatakan bahawa kita ingin melihat bagaimana MCA menangani isu itu, dan jika mereka berjaya, pujian harus diberikan kepada mereka.

"Jika kita masuk campur dan berkata ini dan itu, orang akan menganggap kita ini campur tangan, kecuali jika semua anggota CC merasakan orang yang dapat membantu ialah perdana menteri ataupun saya," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Muhyiddin berkata sekiranya permintaan itu dibuat oleh anggota jawatankuasa pusat, perdana menteri akan mempunyai "locus standi" untuk membuat keputusan.

"Dan apabila perdana menteri membuat keputusan, maka kita harus terimanya," katanya.

Seperti yang dinyatakan oleh perdana menteri, Muhyiddin berkata, beliau juga berharap soal siapa yang akan menerajui dan meneruskan perjuangan parti perlu ditentukan segera supaya parti itu tidak terus terumbang-ambing kerana ia tidak membantu daripada segi pengukuhan BN dan kerajaan.

"Tentunya masyarakat Cina juga mahu melihat MCA dapat menyelesaikan masalah mereka dengan cepat kerana MCA adalah satu rakan yang senior dalam BN, jadi kesannya agak besar.

"Kalau dia tak selesai, bermakna semua orang akan rasa tak begitu menentu keadaan," katanya.

Beliau berkata apa yang penting ialah penyelesaian yang dicari perlu berpandu kepada peruntukan perlembagaan parti selain mengambil kira keputusan mesyuarat agung luar biasa yang baru lepas.

Muhyiddin berkata bahawa dalam membuat sebarang keputusan, MCA juga perlu menilai hasrat perwakilan di peringkat perhimpunan itu selain untuk menjaga integriti dan maruah parti kerana MCA bukan hak individu.

"Jangan fikir MCA itu hak (Datuk Seri) Ong Tee Keat ke, (Datuk Seri Dr) Chua Soi Lek atau (Datuk) Liow Tiong Lai... itu bukan hak individu, itu hak rakyat khususnya orang Cina. Jadi mereka ada kepentingan.

"Kita yang rakyat bukan Cina pun ada kepentingan iaitu untuk melihat MCA sebagai parti yang kuat supaya kita boleh bergerak sama-sama," katanya.

Muhyiddin bagaimanapun enggan mengulas ketika ditanya mengenai keputusan Ong untuk terus kekal sebagai presiden MCA walaupun kalah dalam satu undi tidak percaya.

"Saya tidak mahu menyatakan dia elok pergi, tak elok pergi. Saya fikir pemimpin MCA pun tahu apa yang harus dibuat oleh Datuk Ong Tee Keat.

"Saya sudah dengar banyak kenyataan dan saya tidak fikir sesuai untuk saya campur tangan, kerana pandangan saya nanti akan dinilai (sebagai) ini kehendak Umno.

"Saya tidak mahu begitu, biarlah ini hak MCA, MCA putuskan," katanya.

Muhyiddin berkata beliau yakin bahawa pemimpin MCA semuanya bijak pandai kerana kebanyakannya bukan orang baru dalam parti mahupun kerajaan. BERNAMA-malaysiakini.com

Di mana boleh dapat Bajet 2010 ?


Perdana Menteri, yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak akan membentangkan Bajet 2010 di Parlimen pada jam 4 petang Jumaat ini.

Menurut kenyataan Kementerian Kewangan, maklumat bajet 2010 akan disalurkan secara rasmi melalui portal Perbendaharaan di www.treasury.gov.my dan web mudah alih Perbendaharaan di www.treasury.gov.my/bajetmobile.

Sementara itu, pautan kepada suapan informasi (RSS) bajet melalui portal Bajet 2010 boleh dicapai menerusi www.treasury.gov.my/bajet2010-rss.xml.

Menurut kenyataan itu lagi, orang ramai boleh memuat turun ucapan Bajet 2010 menerusi laman web agensi-agensi di bawah Kementerian Kewangan seperti berikut:

i. Kastam Di Raja Malaysia - http://www.customs.gov.my
ii. Bank Negara Malaysia - http://www.bnm.gov.my
iii.Suruhanjaya Sekuriti - http://www.sc.com.my
iv. Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) - http://www.hasil.gov.my

Ucapan Bajet 2020 oleh Najib boleh diikuti secara langsung di saluran elektronik rasmi kerajaan pada hari tersebut.

Dalam satu kenyataan berasingan, LHDN berkata lembaga tersebut akan mengadakan pusat operasi talian khas Bajet 2010 pada Jumaat ini bagi membolehkan orang ramai mendapat maklumat dan penerangan lanjut terhadap isu-isu percukaian selepas ucapan bajet tersebut.

Talian khas akan mula beroperasi pada 7 petang hingga 10 malam.

Nombor-nombornya adalah:

03-62 01 30 37
03-62 01 30 46
03-62 01 30 48
03-62 01 30 52
03-62 01 30 54
03-62 01 30 58
03-62 01 30 59
03-62 01 30 61

BERNAMA-malaysiakini.com

PAS rancang cabar kemenangan Isa


PAS sedang mengumpulkan bukti untuk memfailkan petisyen bagi membatalkan keputusan pilihan raya kecil DUN Bagan PInang atas dakwaan berlaku penyelewengan undi pos.

Perkara itu sedang diuruskan oleh unit guaman parti tersebut yang dipengerusikan oleh Hanipa Maidin.

Ketua Dewan Pemuda parti itu, Nasrudin Hassan berkata, pihaknya tidak mempunyai banyak pilihan bagi mengetengahkan dakwaaan berlakunya penyelewengan dalam kaedah pengundian pos di DUN tersebut.

Tambahnya, PAS telah melakukan pelbagai pendekatan berhubung perkara itu, termasuklah demonstrasi, laporan polis dan aduan kepada Suruhanjaya Pencegaran Rasuah Malaysia (SPRM) tetapi tidak mendatangkan hasil.

"Unit guaman kita sedang kumpulan bukti yang kukuh. Kalau tidak ada bukti, tidak guna juga bawa ke mahkamah," katanya.

Selain itu, dakwaan penyelewengan itu akan turut dipanjangkan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) esok.

Ia bertujuan mendesak Suhakam mengadakan siasatan awam berhubung dakwaan berlaku penyelewengan undi pos dalam pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang.

Dalam pilihan raya DUN lalu, PAS membuat pelbagai desakan terhadap SPR berhubung prosedur dan pengendalian undi pos yang sering dicurigai pembangkang sebelum ini.

Bagaimanapun, calon BN Tan Sri Isa Samad tetap menang besar dengan jumlah 5,345 undi. Beliau yang mendapat 8,013 undi mengalahkan calon PAS Zulkefly Mohamad Omar dengan 2,578 undi.

Manakala bagi undi pos pula, BN mendapat 3,521 undi dan PAS mendapat 601 undi.

DUN Bagan Pinang mempunyai jumlah pengundi pos yang sangat ramai, 4,611 daripada keseluruhan 13,664 pengundi. Seramai 4,571 merupakan anggota tentera.-http://www.malaysiakini.com

LHDN lewat bayar balik RM648.70j lebihan cukai


Jumlah pegawai, beban kerja di unit pungutan perlu selaras

KUALA LUMPUR: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) lewat membayar balik sejumlah RM648.70 juta kepada pembayar cukai antara 10 hari hingga dua tahun bagi kes manual dan hingga setahun bagi kes e-Filing.

Jumlah membabitkan 421 transaksi yang disemak itu merangkumi 231 atau 54.5 peratus transaksi membabitkan 821 kes di mana lebihan cukai pendapatan lewat dibayar balik.

Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang, berkata kelewatan itu antaranya disebabkan pembangunan Sistem Taksir Sendiri (STS) untuk memproses Borang Nyata Cukai Pendapatan dilaksanakan secara berperingkat, maklumat atau dokumen yang dikemukakan pembayar cukai tidak lengkap atau diragui dan ketidakupayaan LHDN menangani masalah ini disebabkan pegawai bertanggungjawab perlu menguruskan tugas lain.

"LHDN perlu mematuhi tempoh penyelesaian kes pembayaran balik lebihan cukai pendapatan yang ditetapkan Piagam Pelanggannya bagi meningkatkan sistem penyampaiannya dan antara langkah berkesan adalah dengan mengkaji semula bilangan pegawai yang sebenarnya diperlukan untuk mengurus pembayaran balik lebihan cukai pendapatan di setiap cawangan atau unit pungutan supaya ia diselaras dengan beban kerja," katanya dalam Laporan Ketua Audit Negara 2008 yang dikeluarkan di sini semalam.

Ambrin berkata, pada masa sama, pembayar cukai juga wajib memastikan maklumat taksiran, baucar dividen asal lengkap dan lebihan bayaran cukai pendapatan bagi tahun taksiran tertentu ditolak hutang cukai pendapatan, cukai keuntungan harta tanah dan jumlah perbandingan bagi kes syarikat.

Selain itu, laporan itu juga menunjukkan daripada 1,83,094 kes permohonan bayaran balik lebihan cukai pendapatan bagi tempoh 2006 hingga 2008, LHDN selesai menyemak 1,788,106 kes atau 97.5 peratus, manakala 20,212 kes sedang disemak dan 25,776 kes lagi belum dibuat semakan.

"Sejumlah RM18.22 bilion bayaran balik lebihan cukai pendapatan dicatatkan membabitkan 1,219,653 kes atau 68.2 peratus antara tempoh 2006 hingga 2008," katanya.

Mengenai ketidaktepatan maklumat dalam Borang BE, katanya, semakan Audit mendapati 1,198 borang bagi tahun taksiran 2005 hingga 2007 di enam cawangan iaitu Jalan Duta, Cheras, Kuala Terengganu, Kuantan, Seremban dan Kuching silap diisi seperti tuntutan jumlah pelepasan, pendapatan bercukai, pelepasan bagi anak kurang 18 tahun, perkiraan cukai yang perlu dibayar dan rebat cukai individu.

"Ketidaktepatan maklumat ini melewatkan proses mengemas kini status jumlah cukai dikenakan kepada pembayar cukai, mengakibatkan perkiraan cukai perlu dibayar atau dibayar balik tidak tepat dan meningkatkan kes yang perlu diaudit Unit Audit Meja," katanya.-http://kedahlanie.blogspot.com

Media Arus Perdana Cuba Putar Belit Isu Zaid


KUALA LUMPUR, 20 Okt [9.00 am] - Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata media massa arus perdana telah memutarbelitkan cuti enam bulan yang diambil oleh Zaid Ibrahim dari tugas-tugasnya di dalam biro politik parti. Anwar berkata beberapa perkara mengenai program di Sabah yang dikaitkan dengan Zaid turut diselesaikan tanpa masalah. Anwar berkata demikian selepas menghaidiri majlis Sambutan Aidilfitri dan Deepavali anjuran Keadilan Wilayah Persekutuan. "Benda ini tidak berbangkit kerana dia baru telefon saya dari Sarawak bersama Presiden ada program parti. Kemudian dia hendak bercuti menunaikan haji. Program di Sabah itu kerana dianjurkan oleh cabang tanpa negeri. Dua hari lalu negeri bermesyuarat dan mengesahkan sebagai program negeri jadi selesai," katanya. Di Sabah Zaid mengesahkan bahawa beliau hanya bercuti daripada tugasan biro politik. Selain menunaikan ibadah haji, beliau akan terus memikul tanggungjawab untuk memantapkan Pakatan Rakyat. Ini sebagai persediaan untuk membentuk sebuah perlembagaan yang didokong oleh ketiga-tiga parti berkenaan iaitu, Keadilan, Pas dan DAP bagi membolehkan ia mendaftar sebagai satu entiti politik.-pahangdaily.blogspot.com

Mohamad Sabu ketuai post mortem PAS


KUALA LUMPUR, 20 Okt: PAS telah melantik AJK PAS Pusat, Haji Mohamad Sabu untuk mengetuai satu jawatankuasa kajisiasat (post mortem) kenapa calonnya kalah teruk dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, Mohamad dilantik berdasarkan beliau tidak terlibat secara langsung dalam jentera pilihan raya kecil tersebut.

Mustafa memberitahu perkara ini ketika ditemui di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut petang semalam.

Calon Pakatan Rakyat dari PAS, Zulkefly Mohamad Omar kalah kepada calon BN, Tan Sri Mohd Isa Samad dalam pilihan raya itu dengan majoriti 5, 435 undi berbanding hanya 2,333 undi dalam pilihan raya umum 2008 lalu.

Mustafa dalam pertemuan yang sama menjelaskan pandangannya dengan terperinci kenapa PAS kalah dalam pilihan raya ini.

"Punca utama adalah undi pos yang tidak telus...bukan pilihan raya ini sahaja, proses pengundian undi pos di mana-mana sahaja dalam negara ini tidak telus.

"Bagi saya, inilah punca utama kemenangan besar Umno," kata beliau yang berada di Bagan Pinang sejak sebelum hari penamaan calon lagi.

ImageSelain Bagan Pinang, Barisan Nasional (BN) khasnya Umno sudah dikira menang di mana-mana sahaja kawasan Dun yang mempunyai undi pos melebihi 5,000.

"Selain Bagan Pinang, Umno sentiasa menang di Dun Pangkor (kawasan Datuk Dr Zambry Abdul Kadir) yang mempunyai 12,000 undi pos dan Sungai Udang yang mempunyai 10,000 undi pos," beritahu Mustafa.

Oleh itu, beliau berpendapat, undi pos perlu dikaji semula bukan kerana dengki kepada Umno tetapi supaya negara ini dilihat mempunyai sistem pilihan raya yang telus.

"Saya cadangkan, undi pos dikekalkan kepada pelajar dan diplomat yang berada di luar negara serta petugas SPR sahaja...yang lain undi biasa.

"Pusat pengundian boleh dibuat di luar pagar kem pun tidak apa, asalkan parti-parti yang bertanding boleh menyaksikan dengan telus proses pilihan raya berjalan," katanya.

Selain faktor undi pos, Mustafa yang juga bekas Pengarah Pilihan raya PAS sebelum dilantik sebagai Setiausaha Agung berpendapat, faktor kelemahan PAS dan Pakatan Rakyat sendiri di Bagan Pinang juga menjadi faktor.

"Bayangkan PAS hanya mempunyai 100 ahli sahaja di sini dengan hanya dua cawangan sedangkan Umno ada 30 cawangan di sini," katanya.

Namun begitu, beliau menolak, masalah yang berlaku dalam Pakatan Rakyat di Selangor sebagai satu punca utama undi PAS merosot di kalangan orang Cina.

"Kalau isu itu memberikan kesan, sepatutnya ia memberi kesan di Permatang Pasir lagi kerana isu di Selangor meletup menjelang pilihan raya kecil Permatang Pasir...kenapa di sana tidak?" soal beliau.

Untuk undi kaum India pula, Mustafa berpendapat, antara puncanya adalah kegagalan PAS dan Pakatan Rakyat untuk menembusinya kerana dikawal ketat termasuk oleh gengster.

Di samping itu, curahan wang dan benda untuk mereka juga memihak kepada BN di samping kelemahan perkhidmatan para wakil rakyat Pakatan Rakyat sebelum ini.

Namun beliau percaya, pilihan raya kecil ini bukan satu batu asas (bechmark) kepada pergerakan politik di negara ini kerana ia bukan satu neraca yang tepat untuk melihat politik Malaysia secara keseluruhannya.-http://kedahlanie.blogspot.com

Dua haluan PAS kuatkan bukan Islam


Jawatankuasa pusat PAS masih beriltizam untuk menaikkan taraf kelab penyokong bukan Islam sebagai sayap parti bertaraf dewan walaupun ada pandangan yang tidak bersetuju dengannya.

Komitmen itu disuarakan "secara umum" oleh anggota-anggota jawatankuasa itu dalam mesyuarat hujung minggu di ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur, kata Ketua Pemuda PAS.

"PAS pusat (masih) menunggu draf cadangan menjadikan Kelab Penyokong PAS (KPP) menjadi sayap parti sebelum keputusan rasmi dibuat, sama ada melibatkan pindaan perlembagaan atau penambahan peraturan kecil (dalam perlembagaan)," kata Nasrudin Hassan ketika dihubungi hari ini.

Tambahnya, isu menaikkan taraf KPP tidak dibincangkan secara khusus dalam mesyuarat tersebut.

Malaysiakini difahamkan draf awal jawatankuasa teknikal bagi mengkaji kemungkinan meminda perlembagaan parti bagi menaik taraf KPP telah diserahkan ke ibu pejabat.

Jawatankuasa teknikal ini telah mengadakan pertemuan di Kedah bulan lepas – dengan penyertaan anggota Majlis Syura Ulama – bagi membincangkan isu tersebut tetapi majoriti tidak bersetuju menaikkan taraf KPP sebagai dewan.

Ahli-ahli bukan Islam, jika diberikan kuasa sebagai dewan, dibimbangi akan mendesak PAS untuk mengubah dasar-dasar parti.

Bagaimanapun jawatankuasa teknikal itu bersetuju memperkasakan KPP tetapi masih lagi dikawal selia di peringkat jawatankuasa pusat PAS, bukannya sebagai sayap parti.

Seorang anggota jawatankuasa pusat PAS Hashim Jasin pula berkata jawatankuasa itu kelmarin belum bersedia meminda perlembagaan untuk menguatkan lagi penyertaan bukan Islam.

Ahli jawatankuasa PAS, yang juga pengerusi lajnah perpaduan nasional yang ditugaskan menyelia KPP, Mujahid Yusof setakat ini gagal dihubungi.-malaysiakini.com

Undi pos: Suhakam didesak adakan siasatan awam


Dewan Pemuda PAS (DPP) pusat akan mendesak Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) supaya mengadakan siasatan awam berhubung dakwaan berlakunya kepincangan dalam proses pengundian undi pos dalam pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang 11 Oktober lalu.

Berikutan itu, Ketuanya, Nasrudin Hassan akan menyerahkan memorandum berkaitan dengan desakan tersebut kepada Suhakam esok.

Beliau dijadual menyerahkam memorandum itu pada jam 10 pagi dengan diiringi oleh para exco dewan berkenaan.

Turut disertakan bersama memorandum tersebut ialah dua laporan polis yang pernah dibuat oleh DPP berhubung undi pos di Bagan Pinang, lima kenyataan akhbar DPP serta senarai daftar pemilih pos yang telah ditanda serta bukti-bukti bergambar berhubung dakwaan penyelewengan tersebut.

Menurut Nasrudin, DPP mengambil keputusan untuk mengadu kepada Suhakam kerana semua tindakan, termasuk memanjangkan perkara kepada pihak berkuasa, tetapi sehingga ini tidak nampak hasilnya.

"Demonstrasi kita dah buat, laporan polis kita dah buat, aduan kepada SPRM pun kita telah buat, tetapi kita tidak nampak hasil," katanya ketika dihubungi Malaysiakini pagi ini.

Terdapat lima kes besar yang akan diadukan kepada Suhakam, antaranya proses penyerahan kertas undi, perbezaan susunan dalam daftar undi pos dan nama pengundi pos yang ditetapkan di dua kawasan pengundian berbeza.

Dalam pilihan raya DUN lalu, PAS memberikan pelbagai desakan kepada SPR berhubung prosedur dan pengendalian undi pos yang sering dicurigai pembangkang sebelum ini.

Bagaimanapun, calon BN Tan Sri Isa Samad tetap menang besar dengan jumlah 5,345 undi majoriti. Beliau yang mendapat 8,013 undi mengalahkan calon PAS Zulkefly Mohamad Omar dengan 2,578 undi.

Manakala bagi undi pos pula, BN mendapat 3,521 undi dan PAS mendapat 601 undi.

DUN Bagan Pinang mempunyai jumlah pengundi pos yang sangat ramai, 4,611 daripada keseluruhan 13,664 pengundi. Seramai 4,571 merupakan anggota tentera.-http://www.malaysiakini.com

Perbicaraan 8 aktivis UM ditangguh lagi


Perbicaraan terhadap lapan aktivis pelajar Universiti Malaya (UM) yang dituduh membawa masuk dua ahli politik pembangkang - yang dijadual didengar hari ini - telah ditangguh sehingga tarikh yang belum ditetapkan.

Kesemua pelajar berkenaan diminta hadir pada jam 9 pagi tadi, tidak dipelawa masuk.

Manakala pegawai yang berkenaan pula sedang mengadakan mesyuarat dalam bilik persidangan.

Selepas menunggu sehingga jam 11 pagi, mereka baru dimaklumkan oleh pegawai berkenaan bahawa perbicaraan kes itu ditangguhkan.

Pegawai berkenaan juga enggan memberitahu sebab-sebab perbicaraan itu ditangguhkan dan menyatakan itu adalah hak mereka (untuk menangguhkannya).

Perbicaraan tersebut melibatkan anggota dan pemimpin Persatuan Mahasiswa Islam UM (PMIUM) dan Persatuan Bahasa Cina UM (PBCUM) itu akan berjalan di fakulti kejuruteraan universiti itu pada jam 10.30 pagi.

Muhammad Haafizuddin Abererah dan Abu Ubaidah Amir Abdul Malik dituduh membenarkan setiausaha kepada menteri besar Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad melibatkan diri dalam aktiviti pertubuhan itu.

Pada 16 Mac lalu, Nik Nazmi menyampaikan ucapan perasmian mesyuarat agung persatuan tersebut selepas diseludup masuk ke kampus dengan motosikal seorang mahasiswa setelah kenderaannya dihalang.

Manakala enam aktivis PBCUM - yang enggan nama mereka didedahkan - dituduh mengundang exco kanan Selangor, Teresa Kok dan ahli jawatankuasa pusat MCA Wong Nai Chee mengadili satu program debat, bulan lalu.

Aktivis-aktivis PBCUM itu terlibat menganjurkan pertandingan debat dalam bahasa Cina berjudul 'Antara Pakatan Rakyat dan BN: Yang Mana Lebih Menggelisahkan?'

Dua lagi pemimpin politik - wakil rakyat DAP Teoh Nie Ching dan seorang pemimpin MCA Selangor, Victor Gu - pula terlibat pendebat di acara itu yang dihadiri kira-kira 1,000 orang.

Jika dibuktikan bersalah, mereka masing-masing boleh dikenakan tindakan, antaranya diberi amaran keras, denda tidak melebihi RM200, digantung atau dipecat daripada universiti berkenaan.-http://www.malaysiakini.com

Ribuan pengunjung serbu Jamuan Raya PAS Kawasan Sik


Petang Jumaat 16 Okt 2009 bermula jam 3.00petang Majlis Jamuan Raya PAS Kawasan Sik yang diadakan di Padang Awam Sik telah di serbu oleh ribuan orang.

Majlis yang dimulakan dengan ucapan aluan oleh YDP Kawasan YB HJ Yahya Abdullah, diikuti ucapan perasmian oleh YB Senator Yusof Husin pada mulanya dihadiri lebih kurang 1000 orang sahaja. Selepas bacaan doa dan jamuan dimulakan sekitar jam 3.10 petang majlis ini telah di serbu hampir 5000 orang menjadikan suasana majlis sangat meriah.

Majlis ini turut dihadiri oleh berbagai lapisan masyarakat dari berbilang kaum.

Dalam majlis ini juga sumbangan duit raya turut diberikan kepada setiap kanak-kanak yang hadir dan disampaikan oleh YB Ahli Parlimen Dan YB ADUN Jeneri serta isteri masing-masing.-http://kedahlanie.blogspot.com

Monday, October 19, 2009

Krisis Perak : Pendedahan Raja Petra Kamaruddin (RPK)


Kita semua tahu apa yang berlaku di Perak. Tetapi ramai yang tidak tahu, mengapa ia berlaku.

Sekiranya anda masih ingat, ianya mengambil masa seminggu untuk kerajaan baru di Perak dan Selangor mengangkat sumpah selepas pilihanraya umum Mach 2008. Kedua-dua Sultan dinegeri ini mahu ‘membincangkan’ terlebih dahulu dengan ADUN-ADUN Pakatan Rakyat.Sultan kemudiannya meletakkan beberapa syarat sebelum bersetuju untuk melantik Pakatan Rakyat sebagai kerajaan negeri yang baru.

Jurang masa selama seminggu itu telah memberika masa kepada kerajaan negeri yang lama iaitu Barisan Nasional untuk memindah dan memusnahkan banyak bukti-bukti penyelewengan yang dilakukan sebelum ini.

Kelewatan selama seminggu ini juga membolehkan Barisan Nasional menawarkan kemungkinan untuk Umno bergabung dengan Pas untuk membentuk kerajaan baru di Selangor dan Perak. Malah, Umno bersetuju memberikan kerusi Menteri Besar kepada Pas dikedua-dua negeri ini. dan kemuncaknya, Umno malah bersetuju untuk membenarkan Pas melaksanakan undang-undang Islam dikedua-dua negeri ini.

Tetapi, Pas terus bersama dengan dua rakan mereka, PKR dan DAP didalam Pakatan Rakyat dan menolak tawaran Umno. Akhirnya, kedua-dua Sultan tidak mempunyai pilihan melainkan menerima Pakatan Rakyat sebagai kerajaan baru di Perak dan Selangor. Tetapi ini tidak menghentikan mereka dari terus merancang dibelakang tabir tentang bagaimana untuk menjatuhkan kedua-dua kerajaan ini.

Sultan Selangor agak bersedia untuk menerima keadaan yang berlaku. Tambahan pula, Pakatan Rakyat Selangor mempunyai majoriti yang cukup banyak dan agak susah untuk membeli ramai Ahli Dewan Undangn Negeri. Tetapi, Perak agak berlainan sama sekali. Majoriti yang diperolehi oleh Pakatan Rakyat Perak amat sedikit berbanding Selangor.

Sebaik saja kerajaan baru dibentuk di Perak, Sultan Perak mula meminta macm-macam. Kerajaan Pakatan Rakyat Perak bersedia bertolak ansur, demi menjaga hubungan baik dengan istana. Tetapi apa yang diminta oleh Sultan dan kerabat diraja agak berlebihan dan kerajaan Pakatan Rakyat Perak tidak mempunyai pilihan melainkan menolak permintaan Sultan.

Dan ini menyebabkan Sultan murka. Dan apabila Pakatan Rakyat Perak kehilangan majoriti di Dewan Undangan Negeri, Barisan Nasional mempunyai jalan yang amat mudah untuk mendapatkan perkenan untuk Barisan Nasional membentuk kerajaan baru.

Pada mulanya, Sultan Perak tidak begitu pasti sama ada hendak menyingkir kerajaan Pakatan Rakyat dan memilih Barisan Nasional. Apabila Menteri Besar, Nizar Jamaludin berjumpa dengan Sultan dan memohon Dewan Undangan Negeri dibubarkan untuk membolehkan pilihanraya baru diadakan, Sultan meminta masa untuk membuat pertimbangan. Tetapi sebaik saja selepas itu, Najib Tun Razak berjumpa Sultan dan mempengaruhi Sultan untuk menolak permohonan Pakatan Rakyat untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri, sebaliknya melantik Barisan Nasional untuk membentuk kerajaan yang baru.

Taktik Najib amat mudah. Nazrin, anak kepada Sultan Azlan Shah, tidak sepatutnya menjadi Raja Muda. Dan ini bermakna, dia tidak sepatutnya menjadi Sultan kelak. sekiranya Sultan Azlan mangkat. Kerajaan Pusat tidak akan menyokong Nazrin sebagai Sultan Perak seterusnya. Lihatlah apa yang berlaku di Negeri Sembilan. walaupun Yamtuan melantik anaknya sebagai Raja Muda, tidak bererti dia akan menjadi Yamtuan.

Oleh itu, sama ada Nazrin boleh menjadi Sultan atau tidak bergantung kepada hubungan baik dengan kerajaan Pusat. Tetapi hubungan baik itu hanya boleh diperolehi sekiranya Barisan Nasional menjadi kerajaan negeri. Kalau Pakatan Rakyat masih lagi menjadi kerajaan negeri, maka Nazrin terpaksa membayar harganya apabila tiba masa untuk menggantikan bapanya.

Tambahan pula, Sultan dan keluarganya telah meminta banyak perkara dari kerajaan Pakatan Rakyat, semuanya telah ditolak. Umno pula akan memastikan bahawa semua permintaan Sultan dan keluarganya akan dipenuhi sekiranya Barisan Nasional dipilih sebagai kerajaan negeri.

Dan dengan itu, Pakatan Rakyat menemui ajalnya di Perak. Sultan memilih Barisan Nasional sebagai kerajaan negeri yang baru dan Pakatan Rakyat menjadi pembangkang.

Apakah permintaan Sultan dan keluarganya yang ditolak oleh Pakatan Rakyat dan sebaliknya diterima oleh Barisan Nasional? Mari kita tengok, dalam masa beberapa bulan saja, Sultan dan keluarganya tiba-tiba menjadi salah satu keluarga diraja yang terkaya di Malaysia, sebaik saja Pakatan Rakyat tumbang.

1. Umno menghadiahkan kepada Sultan sekeping tanah yang dikenali sebagai lot 183578. Tanah seluas kira-kira 600 ekar ini terletak di Tanjung Tualang, dalam daerah Kinta. Tanah ini telah di berikan kepada salah seorang proksi Sultan yang bernama Mohamed Khaair Johari Hj. Osman.

2. Umno menghadiahkan kepada Sultan konsesi balak seluas 1,000 ekar yang terletak di Ulu Kenderong, Gerik, Hulu Perak, disepanjang lebuhraya Gerik-Kupang. Konsesi ini pada mulanya diberikan kepada Universiti Utara Malaysia. Walaubagaimanapun, pemberian ini ditarik balik dan diberikan kepada Pusat Kreatif Kanak-Kanak dimana Pengerusinya ialah Raja Datuk Seri Ashman Shah Ibni Sultan Azlan Shah.

3. Umno menghadiahkan kepada Sultan tujuh konsesi balak di kompartmen 39, 41, 42, 43, 44, 45 dan 49 di Hutan Simpan Kenderong di Hulu Perak. Ketujuh-tujuh lot ini, yang berjumlah kira-kira 600 ekar, diberikan kepada dua syarikat proksi Sultan - Syarikat Zotonjaya Sdn Bhd dan Kibaran Wang Sdn. Bhd.

4. Umno akan meluluskan satu cadangan penghutanan semula (reforestation) yang melibatkan 10,781 hektar. 5,781 hektar terletak di Hutan Simpan Gunung Besout, di selatan Perak wementara 5,000 hektar lagi di Pondok Tanjung dalam daerah Larut Matang. Syarikat yang akan mendapat projek ini ialah Permatang Utama Sdn. Bhd (nombor syarikat 513583-D) dimana Pengerusi Eksekutifnya ialah Datuk Seri Ismail Farouk Abdullah, menantu kepada Sultan Azlan Shah).

5. Berikutan dengan itu, Datuk Seri ismail Farouk Abdullah dibenarkan untuk mengambil alih Hotel Casuarina milik kerajaan negeri dengan harga yang paling murah iaitu RM43 juta dimana harga sebenar jauh lebih tinggi dipasaran terbuka. Hotel tersebut terletak dikawasan paling strategik di Ipoh malah harga tanah lapang saja mempunyai nilai yang amat tinggi.

Keluarga Diraja Perak bukan orang susah. Tetapi nampaknya mereka tamak. Raja datuk seri Eleena Azlan Shah merupakan Pengarah kepada Gamuda Berhad dan juga merupakan orang ke 25 kaya di Malaysia dengan harta bernilai RM773 juta. Ini menjadikan beliau wanita kedua terkaya di malaysia selepas Puan Sri Chong Chook Yew, yang menduduki tangga ke 18 dengan harta bernilai RM1 billion.

Gamuda Berhad juga telah diberikan kontrak bernilai lebih RM10 billion. Ia juga mengurus dan menyelenggara lebuhraya sepanjang 230 kilometer dan juga merupakan pemaju hartanah di empat projek bandar baru yang melibatkan lebih dari 30,000 rumah.

Itulah kisahnya. Rakyat Perak, khususnya orang Melayu, merasakan bahawa pembangkang tidak menunjukkan hormat kepada Sultan. Apa yang tidak diketahui oleh mereka ialah Sultan tidak seharusnya diberikan penghormatan. Dan ramai juga yang tidak tahu mengapa Sultan mahukan Pakatan Rakyat disingkir di Perak.

Sekarang, kita berharap, rakyat Perak tahu apa yang berlaku.

(Artikel diatas adalah terjemahan daripada artikel asal Raja Petra “Why the Pakatan Rakyat government was brought down in Perak” yang disiarkan di Malaysia Today)-kedahlanie.blogspot.com

Wartakan 16 Sept cuti wajib sektor swasta


Kerajaan digesa supaya mewartakan 16 September sebagai cuti umum yang wajib bagi sektor swasta dan bukan sebagai cuti pilihan di bawah Akta Kerja 1955.

Gesaan tersebut dibuat oleh Kesatuan Pekerja-Pekerja Sistem Penerbangan Malaysia (MASEU) hari ini.

"Sehingga kini di antara empat cuti wajib ialah Hari Kebangsaan, Hari Keputeraan yang di-Pertuan Agung, Hari Keputeraan Sultan atau Yang Dipertua Negeri dan Hari Pekerja," kata Setiausaha Eksekutif MASEU, Mustafar Maarof.

"Manakala dalam konteks ini 'Hari Malaysia' telah dibentangkan di Parlimen semalam sebagai Hari Kebangsaan Berkembar dan ini bermakna cuti umum 16 September setaraf dengan cuti umum 31 Ogos.

"Sehubungan dengan itu kerajaan mestilah mewartakan cuti umum tersebut sebagai cuti wajib untuk sektor swasta dibawah Seksyen 60(D) Akta Kerja 1955," tambahnya.

Mustafar berkata, sekiranya ia tidak dijadikan cuti wajib di bawah Akta Kerja 1955, dan dikategorikan sebagai cuti pilihan, maka ianya tidak akan membawa makna yang besar terhadap rakyat negara.

Katanya, ini memandangkan majikan di sektor swasta mempunyai kuasa mutlak untuk menerusi budibicara mereka untuk menentukan pelepasan cuti yang akan diberikan kepada pekerja-pekerja.

"Perlu diambil perhatian di negara ini mempunyai hampir 10 juta pekerja swasta dan sokongan rakyat seramai ini untuk merealisasikan konsep 1Malaysia, mestilah menunjukkan hasil yang positif dan bukan sekadar retorik semata-mata," katanya.

Semalam, perdana menteri hari ini mengumumkan sambutan Hari Malaysia yang diraikan pada 16 September setiap tahun diisytiharkan sebagai cuti awam untuk seluruh negara mulai tahun depan.

Datuk Seri Najib Razak yang mengumumkan perkara itu pada persidangan Dewan Rakyat berkata pembentukan Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat merupakan satu titik sejarah yang amat penting.-malaysiakini.com

Pelabur risau, internet M'sia lembab


Syarikat-syarikat Australia yang berhasrat untuk melabur di Malaysia bimbang dengan tahap kelajuan Internet yang tidak memuaskan di negara ini, kata timbalan pengerusi Majlis Perniagaan Malaysia- Australia, Michael Halpin.

Capaian Internet yang laju adalah penting bagi syarikat-syarikat Australia yang mempunyai dokumen besar untuk dihantar dari Malaysia ke ibu pejabat mereka di Australia, katanya.

"Ada dokumen teknikal yang amat besar dan selalunya kami mendapati ia mengambil masa yang panjang untuk menghantar dokumen-dokumen sebegini akibat kelembapan Internet di Malaysia.

"Capaian Internet di Australia lebih laju daripada di Malaysia.

"Pelabur-pelabur Australia dan Amerika mendapati ini menjengkelkan dan menghalang mereka menjalankan perniagaan dengan sempurna," katanya kepada pemberita selepas memberi ucapan di majlis makan tengah hari dengan pegawai kerajaan negeri Selangor, wakil-wakil majlis perniagaan dan kedutaan asing.

Ditanya jika kelajuan Internet di Malaysia adalah lebih perlahan daripada negara-negara jiran, Halpin berkata:

"Tidak, tetapi adakah Malaysia mahu setaraf dengan mereka? Malaysia adalah pilihan utama sebagai destinasi pelaburan, tetapi perbezaan antara Malaysia, Indonesia dan Vietnam semakin hilang."

Isu lain yang menjadi kebimbangan syarikat-syarikat Australia dan bakal pelabur ialah tahap keselamatan, di mana terdapat banyak laporan berita mengenai jenayah kecil dan ragut di negara ini.

Halpin bagaimanapun berkata beliau tidak menjangkakan bahawa syarikat-syarikat Australia yang sedang beroperasi di sini akan berpindah tetapi keadaan ini mungkin akan menghalang kedatangan syarikat-syarikat baharu ke Malaysia.

"Syarikat-syarikat ini bertanggungjawab ke atas pekerja dan keluarga mereka yang dihantar ke sini. Isteri kepada seorang petugas telah kehilangan begnya dalam kejadian ragut baru-baru ini," katanya.

Sementara itu, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kerajaan negeri telah mencadangkan kepada pihak berkuasa tempatan untuk memberi bantuan sokongan kepada pihak polis yang mengalami kekurangan tenaga kerja.

Beliau berkata pihak kerajaan negera mengambil berat isu keselamatan dan akan memberi perhatian kepada isu itu dalam bajet negeri 2010.

Mengenai pelabur-pelabur yang lebih menggemari Indonesia, Thailand dan Vietnam sebagai destinasi pelaburan, Khalid berkata mereka harus melihat Malaysia sebagai satu "batu loncatan" kepada pasaran Asia yang lebih besar seperti China.

"Jika mereka ke negara lain, mereka mungkin terpaksa menunggu sehingga empat tahun lagi sebelum prasarana yang diperlukan siap, tetapi di negara ini, kebanyakan kemudahan telah siap sedia," katanya.

Menteri besar berkata banyak syarikat yang pada awalnya ingin menembusi pasaran China, kini beroperasi di Selangor kerana pelaburan di negara lain memerlukan program pembelajaran semula berikutan budaya perniagaan yang berlainan, tambahnya.

Majlis makan tengah hari yang dianjurkan oleh SSIC Bhd itu dihadiri pegawai-pegawai dari Indonesia, Cambodia, Singapura, Brunei, Korea Selatan, Maghribi, Tanzania, Zimbabwe, Lesotho, Papua New Guinea, Mesir, Bangladesh, Maldives, Sri Lanka, Australia dan majlis perniagaan Amerika.

SSIC berkata Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) meluluskan 138 projek pembuatan bernilai RM2.72 bilion di antara Januari dan Julai.

Daripada jumlah pelaburan, RM1.25 bilion adalah dari usahawan Malaysia, manakala baki RM1.46 bilion adalah dari pelabur asing.

Projek-projek tersebut menawarkan sejumlah 8,000 peluang pekerjaan. BERNAMA-www.malaysiakini.com

Kerusi Menteri Kesihatan Panas


Kalau Menteri Kesihatan sebelum ini, Chua Soi Lek terpaksa meletakkan jawatan kerana terlibat dengan skandal seks, Menteri Kesihatan sekarang Liow Tiong Lai pula mula terasa bahangnya apabila, ada dakwaan menyatakan isterinya menerima hadiah kereta dari sebuah syarikat swasta.

Kebetulan kedua-duanya adalah Timbalan Presiden MCA.

Apakah Liow akan turut sama terasa bahang panas memegang jawatan Menteri Kesihatan dan Timbalan Presiden sama-sam kita tunggu. http://mutaligat.blogspot.com

Tengku Razaleigh Terus Bersemangat Untuk Bertanding Jawatan Presiden UMNO


KUALA LUMPUR, 19 Okt: Anggota Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menyifatkan laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini sebagai berbohong apabila melaporkan dia sudah serik bertanding jawatan presiden Umno.

Razaleigh melalui Twitternya berkata, akhbar berkenaan memusingkan cerita/berbohong kononnya dia sudah tua dan sudah serik untuk bertanding lagi.

"Apakah ini harapan mereka! Inilah contoh media hari ini," kata beliau dalam twitternya.

Sebuah akhbar Inggeris hari ini melaporkan berita bertajuk "Ku Li yang semakin tua serik untuk bertanding jawatan utama Umno".

Berita itu melaporkan, selepas tiga dekad berusaha untuk merebut jawatan presiden Umno, akhirnya Tengku Razaleigh Hamzah telah membuat keputusan sudah serik untuk bertanding lagi.

"Saya sudah terlalu tua. Terlalu tua," kata Razaleigh sebagaimana yang dipetik oleh akhbar berkenaan ketika ditemui di perhimpunan agung Umno baru-baru ini.

"Saya fikir, sudah sampai masanya untuk memberi peluang kepada orang muda," katanya sebagaimana yang dipetik oleh akhbar berkenaan lagi.

Sejak sekian lama, Tengku Razaleigh Hamzah, 72, berusaha untuk melawan presiden Umno sejak beliau kalah kepada Tun Dr Mahathir dengan 43 undi sahaja pada tahun 1987 lalu.

Ekoran itu, beliau menubuhkan parti baru iaitu Semangat 46 dan bekerjasama dengan PAS dan beberapa parti lain membentuk Angkatan Perpaduan Ummah.

Beliau kemudiannya menyertai Umno semula.

Kali terakhir, beliau cuba merebut jawatan presiden Umno pada tahun 2008, namun tidak cukup pencalonan kerana hanya mendapat satu pencalonan sahaja iaitu dari bahagiannya, Gua Musang.

Dalam laporannya hari ini, akhbar berkenaan juga melaporkan, Razaleigh tidak menolak kemungkinan akan menyertai parti lain jika Umno tidak benar-benar berubah.http://kedahlanie.blogspot.com

MB Kedah Rasmi Restoran Pizza Hut & KFC di Limbong Kapal


ALOR SETAR 18 Okt. - Sebanyak 10 buah restoran makanan segera, Kentucky Fried Chicken (KFC) akan dibuka di Mumbai dan bandar Pune, India dengan nilai pelaburan RM35 juta (AS$10 juta) pada tahun depan.

Ia sejajar dengan perluasan rangkaian restoran KFC di luar negara selepas pembukaan dua buah restoran milik KFC Holdings (Malaysia) Bhd. (KFCH) di Mumbai pada penghujung tahun ini.

Pengerusi KFCH, Tan Sri Muhammad Ali Hashim memberitahu, sebelum ini, restoran KFC sudah bertapak di Kemboja dan menjelang hujung tahun ini hingga 2010, rangkaiannya diperluaskan ke India pula.

"Di Mumbai dan Pune, pasti KFC akan menjadi tarikan penduduk negara itu seramai kira-kira 28 juta orang," katanya.

Muhammad Ali berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan restoran Pizza Hut dan KFC oleh Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak di Limbong Kapal, di sini hari ini.

Beliau menjelaskan, pembukaan KFC di India merupakan pelaburan jangka panjang kerana pihaknya tidak menjangkakan keuntungan dapat diperoleh dalam tempoh singkat.

"Mumbai padat dengan penduduk, Pune pula mempunyai banyak institusi pengajian tinggi (IPT). Kakitangan kita sudah berada di India sebagai persiapan untuk membuka premis baru di sana," katanya.

Dalam pada itu, restoran Pizza Hut dan KFC di Limbong Kapal yang dirasmikan hari ini merupakan restoran berkembar pertama di Kedah yang terletak di atas tapak seluas 1.672 meter persegi.

Restoran KFC boleh memuatkan seramai 234 pelanggan pada satu-satu masa manakala restoran Pizza Hut pula boleh menampung seramai 269 pelanggan.-kedahlanie.blogsot.com

16 Sept diisytihar cuti umum


Perdana menteri hari ini mengumumkan sambutan Hari Malaysia yang diraikan pada 16 September setiap tahun diisytiharkan sebagai cuti awam untuk seluruh negara mulai tahun depan.

Datuk Seri Najib Razak yang mengumumkan perkara itu pada persidangan Dewan Rakyat berkata pembentukan Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat merupakan satu titik sejarah yang amat penting.

"Dengan demikian rakyat Malaysia akan merayakan dua hari kebangsaan secara berkembar.

"Hari Merdeka pada 31 Ogos mengingatkan kita akan perjuangan mencapai kemerdekaan dari penjajahan, yang akan dirayakan dengan pelbagai acara rasmi seperti perarakan dan sebagainya untuk mengingati detik sejarah itu.

"Hari Malaysia pula akan dirayakan dengan acara-acara bersifat mengeratkan perpaduan, persefahaman antara kaum, kejayaan dan pencapaian masyarakat menerusi bidang sukan, sosio-budaya, kesenian dan lain-lain yang akan menyemarakkan semangat 1Malaysia," katanya.

Hari Malaysia diraikan pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan Persekutuan Malaysia apabila Sabah dan Sarawak telah menyertai Malaysia pada 1963.

Najib berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Dr Marcus Mojigoh (BN-Putatan) yang bertanya sejauh mana penerimaan rakyat terhadap gagasan 1Malaysia dan jenis-jenis program yang difikirkan berkesan untuk mencapai hasrat tersebut.

Persidangan Dewan Rakyat bagi Mesyuarat Ketiga, Penggal Kedua, Parlimen Kedua Belas bermula tepat pukul 10 pagi ini dengan menyaksikan perdana menteri sebagai yang pertama memberikan jawapan bagi sesi pertanyaan bagi jawapan lisan pagi ini.

Perdana menteri berkata, dengan penyertaan Sabah dan Sarawak sejak 1963, maka adalah wajar rakyat di kedua-dua negeri itu menikmati kemajuan pembangunan, pendidikan, ekonomi dan sosial seperti di Semenanjung.

"Pembentukan Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat merupakan satu titik sejarah yang amat penting. Maka kita juga mahu suka duka rakyat di Sabah dan Sarawak dapat dirasai oleh rakyat di Semenanjung," katanya.

Mengenai gagasan 1Malaysia, Najib berkata tujuan utama konsep yang menjadi teras pentadbiran beliau sejak mengambil alih tampuk pentadbiran negara adalah untuk terus memupuk perpaduan nasional di kalangan rakyat Malaysia berbilang kaum.

Beliau turut menegaskan, perpaduan antara kaum itu juga merangkumi integrasi nasional antara rakyat Malaysia dari Semenanjung, Sabah dan Sarawak yang akan terus ditingkatkan.

Untuk meningkatkan perhubungan antara tiga wilayah itu, perdana menteri berkata, kekerapan dan kapasiti penerbangan akan terus dipertingkat selain pembinaan prasarana asas bagi dua buah negeri itu seperti jalan, bekalan air dan elektrik, sekolah, klinik dan hospital akan terus diberi keutamaan dengan menambah lebih banyak peruntukan.

"Dengan adanya perpaduan nasional, negara kita akan menjadi lebih stabil, kukuh dan aman. Negara yang aman damai pula akan menjadi asas terpenting bagi mencapai semua matlamat Wawasan 2020 yakni menjadikan Malaysia sebuah negara maju dalam kesemua aspek," katanya.

Najib berkata sesungguhnya perpaduan yang telah dicapai hingga ke saat ini telah membuahkan keamanan di dalam negara lebih lima dekad lepas.

"Dan ingatkan bahawa harga keamanan ini adalah terlalu mahal dan tidak dapat dibeli dengan wang ringgit. Bagi sesiapa yang cuba memporak-perandakan perpaduan maka merekalah yang sebenarnya menghancurkan keamanan," katanya.

Menjawab soalan tambahan Dr Marcus mengenai identiti yang boleh dikaitkan dengan Malaysia seperti di Indonesia, Filipina atau Thailand, Najib berkata identiti Malaysia boleh dilihat berdasarkan kemampuannya menerima unsur lain yang dijadikan sebahagian daripada budaya setempat dan seterusnya kekuatan negara.

"Kalau kita sorot kembali asas pembinaan negara Malaysia, dari awal kita pilih jalan integrasi dan bukan asimilasi seperti negara-negara yang disebut oleh Yang Berhormat (Putatan) tadi seperti Indonesia, Filipina dan Thailand yang memilih jalan asimilasi.

"Ini menunjukkan pimpinan kita dari awal lagi bersikap amat terbuka.

"Kita lihat dari mula itu jalan terbaik iaitu apabila kita dapat menampilkan satu kekuatan berdasarkan perpaduan dan kepelbagaian... tiada negara lain seperti Malaysia," katanya.

Sementara itu, menjawab soalan Datuk Seri Abdul Hadi Awang (PAS-Marang), Najib berkata gagasan 1Malaysia dianggap sebagai kesinambungan dasar-dasar yang diperkenalkan sebelumnya.

"Ia perjalanan yang lama, tidak mungkin sampai ke penghujung dalam masa sepenggal dua penggal. Kita anggap ia satu kesinambungan, dan insya Allah apabila kita lakukan satu gagasan 1Malaysia ada nilai yang mendasari gagasan ini dan ia menyokong Wawasan 2020," katanya.

Abdul Hadi bertanya sama ada dengan penerapan gagasan 1Malaysia, bermakna kerajaan mengetepikan dasar-dasar terdahulu termasuk Islam Hadhari, Bersih Cekap dan Amanah dan Wawasan 2020. BERNAMA-malaysiakini.com

SUMBER BERITA LAIN

NEWS WORLD

IKLAN