
Thursday, October 15, 2009
Mercun bom diletup di rumah pemimpin DAP
Sebuah mercun bom sekali lagi dilemparkan ke rumah pengerusi DAP negeri Wong Ho Leng di Jalan Ipoh di Sibu malam tadi.
Kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di rumahnya menunjukkan dua lelaki yang tidak dikenali melemparkan bahan letupan itu ke pagar rumahnya dan ia meletup dalam kejadian pukul 7.26 malam.
"Saya sedang membuka pintu apabila ternampak pancaran cahaya api diikuti letupan yang kuat.
"Api yang memancar dilepaskan di merata-rata tempat termasuk di halaman rumah saya. Rumput di tepi longkang juga dijilat api dan terbakar dalam jarak kira-kira tiga meter," katanya kepada pemberita.
Katanya anggota keluarganya yang berada di rumah pada masa itu semuanya selamat dan tiada harta benda yang rosak walaupun lima anaknya agak gementar.
Kejadian ini kali kedua mercun bom dilemparkan di rumahnya selepas insiden yang sama pada 27 Sept tetapi ia tidak meletup.
Katanya, beliau telah menghubungi polis pada kira-kira 7.30 malam tetapi unit rondaan polis hanya tiba pada pukul 8.15 malam.
Wong, yang juga seorang peguam dan ADUN Bukit Assek, berkata beliau telah memasang CCTV selepas insiden yang pertama.
Katanya, bahan letupan yang juga sejenis mercun dengan garis pusat tiga inci biasanya dilencarkan ke udara dengan pelancar silinder.
Mercun bom yang digunakan dalam kejadian pertama bergaris pusat lima inci.
"Bagi saya, ini merupakan tindakan pengecut. Saya tidak ingat bermusuh dengan sesiapa baru-baru ini.
"Adalah mustahil bagi seorang ahli politkk tidak mempunyai musuh politik. Saya serahkan perkara itu kepada polis untuk menyiasat," katanya.-malaysiakini.com
SUMBER BERITA LAIN
-
Ibu Pelajar UnIPSAS Kemalangan Dakwa Muhammad Firdaus Anak Baik, Doakan Anaknya Tenang Di Alam Sana - *KUANTAN: *"Arwah memang sangat baik dan tak melawan cakap. Sebagai ibu, saya doakan dia tenang di sana bersama para solihin," kata Norizan Mat, 48, ibu ...16 hours ago
-
Rejim Zionis Israel gali kubur sendiri – Tuan Guru Abdul Hadi - * KUALA LUMPUR* : “Kezaliman rejim Zionis sebenarnya hanya akan menggali kubur diri mereka sendiri.” Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ber...9 months ago
-
-
-
'Rasul Melayu' dipenjara 10 tahun, 6 sebatan - Ketua ajaran sesat "Rasul Melayu", Abdul Kahar Ahmad hari ini dijatuhi hukuman penjara 10 tahun, denda RM16,500 dan enam sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syar...15 years ago
-
RENUNGAN UNTUK SEMUA BANGSA MELAYU - Renungan Untuk Bangsa MELAYU: tak kira PAS, KeADILan atau UMNO. ...18 years ago
-
No Response to "Mercun bom diletup di rumah pemimpin DAP"
Leave A Reply