
Thursday, October 15, 2009
ADUN Lunas bebas rasuah: SPRM
Kes siasatan terhadap bekas exco kerajaan Kedah, Muhammad Radzhi Salleh yang didakwa membuat tuntutan perjalanan tidak munasabah telah ditutup selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapati tiada unsur penyelewengan atau penipuan dilakukan ahli politik itu.
Pengarah SPRM Kedah, Idrus Jaafar berkata Timbalan Pendakwa Raya SPRM di Putrajaya yang meneliti laporan siasatan berpuas hati supaya kes itu ditutup kerana semua tuntutan Muhammad Radzhi disokong dengan dokumen, resit dan saksi.
"Kes itu disiasat mulai pertengahan tahun ini dan ditutup baru-baru ini (Oktober)," katanya.
Bercakap kepada pemberita pada majlis ramah mesra Aidilfitri SPRM di Alor Setar hari ini, Idrus berkata kes itu adalah antara empat kes tuduhan penyelewengan dan rasuah membabitkan ahli politik negeri ini yang disiasat pihaknya tahun ini.
Muhammad Radzhi, ADUN Lunas dan juga bekas pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Masyarakat, mengisytiharkan dirinya sebagai wakil rakyat bebas apabila keluar daripada PKR pada 25 Ogos lepas.
Idrus berkata tiga lagi kes membabitkan ahli politik yang didakwa rasuah atau melakukan penyelewengan masih disiasat.
Katanya dari Januari sehingga hari ini, SPRM Kedah menerima 565 maklumat dan daripada jumlah itu, hanya 317 kes atau kira-kira 56 peratus mempunyai unsur rasuah, manakala 248 kes lagi tiada unsur rasuah.
"Maklumat ini menghasilkan 24 tangkapan melibatkan seorang penjawat awam kumpulan pengurusan dan profesional, sembilan orang dari kumpulan sokongan serta 14 orang awam dan rampasan bernilai RM26,689.
"Sebanyak 141 maklumat (kes) dari 248 yang tidak berunsur rasuah dirujuk untuk tindakan jabatan antaranya polis, pihak berkuasa tempatan dan badan berkanun terhadap pegawai mereka yang terbabit," kata Idrus.
Beliau berkata sebanyak 14 laporan SPRM diserahkan kepada jabatan atau agensi kerajaan membabitkan pegawai yang didapati melanggar Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tataterib) 1993 untuk dikenakan tindakan tatatertib.-malaysiakini.com
SUMBER BERITA LAIN
-
Ibu Pelajar UnIPSAS Kemalangan Dakwa Muhammad Firdaus Anak Baik, Doakan Anaknya Tenang Di Alam Sana - *KUANTAN: *"Arwah memang sangat baik dan tak melawan cakap. Sebagai ibu, saya doakan dia tenang di sana bersama para solihin," kata Norizan Mat, 48, ibu ...16 hours ago
-
Rejim Zionis Israel gali kubur sendiri – Tuan Guru Abdul Hadi - * KUALA LUMPUR* : “Kezaliman rejim Zionis sebenarnya hanya akan menggali kubur diri mereka sendiri.” Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ber...9 months ago
-
-
-
'Rasul Melayu' dipenjara 10 tahun, 6 sebatan - Ketua ajaran sesat "Rasul Melayu", Abdul Kahar Ahmad hari ini dijatuhi hukuman penjara 10 tahun, denda RM16,500 dan enam sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syar...15 years ago
-
RENUNGAN UNTUK SEMUA BANGSA MELAYU - Renungan Untuk Bangsa MELAYU: tak kira PAS, KeADILan atau UMNO. ...18 years ago
-
No Response to "ADUN Lunas bebas rasuah: SPRM"
Leave A Reply