Friday, October 16, 2009

Bekas ADUN Kuala Pahang Meninggal Dunia

Posted on 8:18 AM by the moon

KUANTAN, 15 Okt [3.45 pm] - Bekas ADUN Kuala Pahang, Datuk Abdullah Derus, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur awal hari ini akibat sakit jantung. Abdullah, 67, menghembuskan nafas terakhir pada 1.50 pagi. Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Datin Azizah Mohd Noor, 59, tujuh anak dan 11 cucu. Anak Allahyarham, Zarina, berkata bapa beliau dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan pada Jumaat lalu. "Allayarham mempunyai simptom sakit jantung seperti sakit rahang dan leher sebelum dibawa ke IJN pada Ahad lalu," katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di sini. Zarina berkata, bapanya pernah menghantar mesej menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada semua anaknya sebelum sambutan Aidilfitri lalu menyatakan dia "dah nak pergi". Allahyarham pernah menjadi Adun kawasan Kuala Pahang selama sepenggal bermula 1995. Allahyarham juga adalah Pengerusi Lembaga Muzium Negeri Pahang, Pengerusi Biro Kebajikan dan Bencana Alam Umno Pekan dan Ahli Lembaga Pengarah Syarikat Peladangan Lembaga Kemajuan Perusahaan Pertanian Negeri Pahang (LKPP). Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Hutan Setali, dekat sini kira-kira 10.30 pagi.-pahangdaily.blogspot.com

No Response to "Bekas ADUN Kuala Pahang Meninggal Dunia"

Leave A Reply

SUMBER BERITA LAIN

NEWS WORLD

IKLAN