
Monday, October 19, 2009
Azmin nafi bergeser dengan Zaid
Naib Presiden PKR Mohamed Azmin Ali hari ini menafikan dakwaan kononnya terdapat pergeseran antara beliau dengan bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim yang menyertai parti itu Jun lalu.
Sambil menyalahkan media, Mohamed Azmin yang juga anggota parlimen Gombak berkata cerita berkenaan wujud akibat tafsiran media yang sengaja menggambarkan kononnya wujud perpecahan dalam parti itu.
"Siapa yang ada pergeseran? Kalau awak tengok kenyataan Datuk Zaid, ada tak dia kaitkan dengan saya, tak ada.
"Ini tafsiran media. Memang peranan media untuk menggambarkan bahawa ada perpecahan dalam Pakatan Rakyat dan juga PKR," katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen.
Baru-baru ini, Zaid mengumumkan untuk bercuti selama enam bulan berkuatkuasa serta-merta, bermula Jumaat lepas, selepas penasihat parti itu Datuk Seri Anwar Ibrahim dikatakan menghalangnya daripada menghadiri program parti itu di Sabah.
Laporan media juga menyebut kononnya hasrat Zaid untuk ke negeri itu tidak direstui oleh Mohamed Azmin yang juga merupakan pengerusi PKR Sabah.
Zaid yang diminta mengulas laporan itu semalam bagaimanapun menafikan bahawa beliau bercuti selama enam bulan daripada parti berkenaan sebaliknya menegaskan beliau hanya berehat daripada terlibat dengan aktiviti biro politik PKR.
Selain itu, Mohamed Azmin berkata pihaknya turut menghormati keputusan Zaid yang ingin bercuti bagi membolehkannya memberi tumpuan untuk mengukuhkan kerjasama antara pakatan pembangkang.
"Saya kira ini satu keputusan yang perlu dihormati. Zaid mempunyai peranan yang cukup penting dalam PKR dan juga Pakatan Rakyat untuk membantu menyediakan kertas dasar bagi penubuhan (pendaftaran) Pakatan Rakyat.
"Tidak ada perpecahan langsung, malahan hubungan kerja di kalangan pimpinan cukup baik dan mantap," katanya. BERNAMA-malaysiakini.com
SUMBER BERITA LAIN
-
Ibu Pelajar UnIPSAS Kemalangan Dakwa Muhammad Firdaus Anak Baik, Doakan Anaknya Tenang Di Alam Sana - *KUANTAN: *"Arwah memang sangat baik dan tak melawan cakap. Sebagai ibu, saya doakan dia tenang di sana bersama para solihin," kata Norizan Mat, 48, ibu ...16 hours ago
-
Rejim Zionis Israel gali kubur sendiri – Tuan Guru Abdul Hadi - * KUALA LUMPUR* : “Kezaliman rejim Zionis sebenarnya hanya akan menggali kubur diri mereka sendiri.” Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ber...9 months ago
-
-
-
'Rasul Melayu' dipenjara 10 tahun, 6 sebatan - Ketua ajaran sesat "Rasul Melayu", Abdul Kahar Ahmad hari ini dijatuhi hukuman penjara 10 tahun, denda RM16,500 dan enam sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syar...15 years ago
-
RENUNGAN UNTUK SEMUA BANGSA MELAYU - Renungan Untuk Bangsa MELAYU: tak kira PAS, KeADILan atau UMNO. ...18 years ago
-
No Response to "Azmin nafi bergeser dengan Zaid"
Leave A Reply