
Monday, October 19, 2009
Umno cadang jambatan separuh Langkawi-Perlis
Umno bahagian Langkawi akan mengemukakan cadangan kepada kerajaan untuk projek pembinaan jambatan separuh bagi menjimatkan kos perbelanjaan, masa perjalanan feri dan kargo antara Langkawi dengan Kuala Perlis.
Ketua Umno bahagian itu Datuk Nawawi Ahmad, yang juga ADUN Kuah, berkata sekiranya cadangan pembinaan jambatan itu dipersetujui, projek itu berupaya membangunkan pelabuhan Langkawi sebagai pelabuhan bebas cukai.
Katanya pada masa ini, jarak perjalanan antara Langkawi ke Kuala Perlis, sejauh 24 kilometer memakan masa satu jam menerusi perkhidmatan feri, tetapi dengan pembinaan jambatan separuh itu, dapat menjimatkan masa kepada 20 minit.
Nawawi berkata cadangan pembinaan jambatan separuh bermula dari Teluk Apau ke Kuala Perlis dengan masing-masing melaksanakan projek tebus guna tanah sejauh enam kilometer.
Umno akan mengemukakan cadangan mengenai projek itu kepada kerajaan pusat menerusi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk dipertimbangkan, katanya pada sidang akhbar di Langkawi hari ini.
Nawawi bersetuju dengan pandangan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Razak yang tidak setuju pembinaan jambatan menghubungkan Langkawi dengan Kuala Perlis kerana boleh menimbulkan kesesakan kenderaan. BERNAMA-malaysiakini.com
SUMBER BERITA LAIN
-
Ibu Pelajar UnIPSAS Kemalangan Dakwa Muhammad Firdaus Anak Baik, Doakan Anaknya Tenang Di Alam Sana - *KUANTAN: *"Arwah memang sangat baik dan tak melawan cakap. Sebagai ibu, saya doakan dia tenang di sana bersama para solihin," kata Norizan Mat, 48, ibu ...17 hours ago
-
Rejim Zionis Israel gali kubur sendiri – Tuan Guru Abdul Hadi - * KUALA LUMPUR* : “Kezaliman rejim Zionis sebenarnya hanya akan menggali kubur diri mereka sendiri.” Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ber...9 months ago
-
-
-
'Rasul Melayu' dipenjara 10 tahun, 6 sebatan - Ketua ajaran sesat "Rasul Melayu", Abdul Kahar Ahmad hari ini dijatuhi hukuman penjara 10 tahun, denda RM16,500 dan enam sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syar...15 years ago
-
RENUNGAN UNTUK SEMUA BANGSA MELAYU - Renungan Untuk Bangsa MELAYU: tak kira PAS, KeADILan atau UMNO. ...18 years ago
-
No Response to "Umno cadang jambatan separuh Langkawi-Perlis"
Leave A Reply