Saturday, October 17, 2009
PAS Cadang Kelab Penyokong Jadi Sayap Parti

Pas bercadang menjadikan kelab penyokong parti itu yang disertai bukan Islam sebagai salah satu sayap parti untuk memantapkan lagi parti itu. Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata sokongan dari kalangan bukan Islam terhadap parti itu dilihat semakin meningkat dan ia dibuktikan dengan kesungguhan mereka dalam membantu jentera parti dalam menghadapi beberapa pilihan raya kecil sebelum ini. "Kita telah berjaya memecahkan tembok yang memisahkan kita dengan orang bukan Islam, kita bukan sahaja telah sampai satu tahap mengadakan kerjasama dengan parti bukan Islam, tetapi juga individu bukan Islam," katanya. Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Ijtimak Kepimpinan Pas negeri Terengganu ke 13 di Markaz Tarbiyah PAS, Kubang Lembik, Manir dekat sini hari ini. Majlis turut dihadiri oleh Pesuruhjaya Pas Terengganu Datuk Harun Taib dan Setiausaha PAS Pusat Datuk Mustafa Ali. -pahangdaily.blogspot.com
SUMBER BERITA LAIN
-
Pahang Lulus Tambahan Kategori Bagi Program Tunas Makmur 2025, Seramai 21,026 Pelajar SPM Dapat Bantuan Bernilai RM1.05 Juta - *KUANTAN:* Kerajaan Negeri Pahang meluluskan penambahan kategori bagi Program Tunas Makmur 2025 kepada 21,026 pelajar yang menduduki peperiksaan Sijil Pe...7 hours ago
-
Rejim Zionis Israel gali kubur sendiri – Tuan Guru Abdul Hadi - * KUALA LUMPUR* : “Kezaliman rejim Zionis sebenarnya hanya akan menggali kubur diri mereka sendiri.” Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ber...1 year ago
-
-
-
'Rasul Melayu' dipenjara 10 tahun, 6 sebatan - Ketua ajaran sesat "Rasul Melayu", Abdul Kahar Ahmad hari ini dijatuhi hukuman penjara 10 tahun, denda RM16,500 dan enam sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syar...16 years ago
-
RENUNGAN UNTUK SEMUA BANGSA MELAYU - Renungan Untuk Bangsa MELAYU: tak kira PAS, KeADILan atau UMNO. ...18 years ago
-


No Response to "PAS Cadang Kelab Penyokong Jadi Sayap Parti"
Leave A Reply