
Friday, October 16, 2009
Kes Saman RM2 Juta Raja Petra, 11 Feb 2010
KUALA LUMPUR, 13 Okt [11.45 am] - Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 11 Februari tahun depan bagi pengurusan kes saman RM2 juta terhadap penulis blog, Raja Petra Kamarudin (foto), yang difailkan dua pegawai kanan tentera berhubung akuan bersumpahnya yang mengaitkan mereka dalam pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu. Timbalan Pendaftar Norhatini Abdul Hamid menetapkan tarikh itu di dalam kamar hari ini. Dalam saman yang difailkan pada 22 Julai, tahun lalu, Lt Kol Abdul Aziz Buyong dan isterinya, Lt Kol Norhayati Hassan, mendakwa Raja Petra membuat perisytiharan yang mengandungi tuduhan terhadap mereka dan isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor berhubung kes bunuh itu, dengan niat jahat untuk mencemarkan maruah, kredibiliti, nama baik dan kerjaya mereka. Pasangan itu, masing-masing memohon ganti rugi RM1 juta, serta ganti rugi teladan dan injunksi untuk menghalang Raja Petra atau pekerjanya daripada mengulangi kenyataan memfitnah itu. Raja Petra, 59, yang mengendalikan blog Malaysia-Today, membuat akuan bersumpah itu pada 18 Jun tahun lepas dan memuatkannya dalam blognya dan laman web lain semasa perbicaraan kes bunuh Altantuya sedang berlangsung di Mahkamah Tinggi Shah Alam. Raja Petra, berkata perkataan dan isu yang dirujuk dalam akuan bersumpah itu membabitlam komen yang adil berhubung perkara kepentingan awam "Akuan bersumpah itu bagi menggesa semua pihak yang mempunyai maklumat mengenai perkara itu supaya tampil mendedahkan kebenaran supaya polis dapat menjalankan penyiasatan sewajarnya terhadap kes bunuh Altantuya," katanya dalam kenyataan pembelaannya itu-pahangdaily.blogspot.com
SUMBER BERITA LAIN
-
Ibu Pelajar UnIPSAS Kemalangan Dakwa Muhammad Firdaus Anak Baik, Doakan Anaknya Tenang Di Alam Sana - *KUANTAN: *"Arwah memang sangat baik dan tak melawan cakap. Sebagai ibu, saya doakan dia tenang di sana bersama para solihin," kata Norizan Mat, 48, ibu ...17 hours ago
-
Rejim Zionis Israel gali kubur sendiri – Tuan Guru Abdul Hadi - * KUALA LUMPUR* : “Kezaliman rejim Zionis sebenarnya hanya akan menggali kubur diri mereka sendiri.” Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ber...9 months ago
-
-
-
'Rasul Melayu' dipenjara 10 tahun, 6 sebatan - Ketua ajaran sesat "Rasul Melayu", Abdul Kahar Ahmad hari ini dijatuhi hukuman penjara 10 tahun, denda RM16,500 dan enam sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syar...15 years ago
-
RENUNGAN UNTUK SEMUA BANGSA MELAYU - Renungan Untuk Bangsa MELAYU: tak kira PAS, KeADILan atau UMNO. ...18 years ago
-
No Response to "Kes Saman RM2 Juta Raja Petra, 11 Feb 2010"
Leave A Reply