
Thursday, October 15, 2009
MCA bermesyuarat dalam krisis
Jawatankuasa Pusat MCA (CC) memulakan mesyuarat penting hari ini dengan beberapa buah bas yang membawa ratusan penyokong mengalu-alukan ketibaan Presiden Datuk Seri Ong Tee Keat, yang ditimpa masalah di Wisma MCA.
Ong, yang terus berdepan dengan gesaan supaya meletakkan jawatan selepas perwakilan mesyuarat agung luar biasa meluluskan usul tidak percaya terhadap beliau lima hari lepas, tidak memberikan petunjuk sama ada beliau akan meletak jawatan semasa mesyuarat CC itu.
Sebelum ini, katanya, beliau akan mengambil tindakan yang mengambil kira kepentingan parti.
MCA berada dalam keadaan kucar-kacir selepas usul tidak percaya itu diluluskan terhadap Ong dan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dimasukkan semula ke dalam parti tetapi usahanya bagi mendapatkan semula jawatan nombor dua dalam parti, ditolak.
Disebalik gesaan bagi pemilihan semula walaupun dari dalam lingkungan parti, mesyuarat CC hari ini juga boleh memutuskan sama ada untuk melantik seorang presiden baru di kalangan anggotanya atau menyaksikan Ong kekal atau hanya untuk sementara bagi merintis jalan untuk peralihan.
Naib Presiden yang ada sekarang, Datuk Seri Liow Tiong Lai, yang juga Menteri Kesihatan dan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Kong Cho Ha, kini menjadi tumpuan.
Mereka mungkin muncul menerajui parti jika CC memutuskan siapa yang akan menggantikan Ong jika presiden mengundur diri.
Semasa mesyuarat CC itu bermula 1 tengah hari, 13 buah bas yang penuh dengan 600 para penyokong dari Johor, Kedah, Selangor, Pulau Pinang, Melaka dan Perak tiba di ibu pejabat parti pukul 10 pagi.
Tanpa mengira hujan, mereka tetap membawa sepanduk dalam bahasa Inggeris dan Mandarin yang antara lain bermaksud, "Teruskanlah sebagai presiden kami", "MCA dan kaum Cina mahukan kepimpinan anda" dan "Kekal! Sokong dan rayu demi kepentingan kaum Cina".
Ong tiba 20 minit selepas mesyuarat bermula dan melambai-lambai ke arah kumpulan yang berteriak "Teruskanlah tuan Presiden" dalam bahasa Mandarin.-malaysiakini.com
SUMBER BERITA LAIN
-
Ibu Pelajar UnIPSAS Kemalangan Dakwa Muhammad Firdaus Anak Baik, Doakan Anaknya Tenang Di Alam Sana - *KUANTAN: *"Arwah memang sangat baik dan tak melawan cakap. Sebagai ibu, saya doakan dia tenang di sana bersama para solihin," kata Norizan Mat, 48, ibu ...17 hours ago
-
Rejim Zionis Israel gali kubur sendiri – Tuan Guru Abdul Hadi - * KUALA LUMPUR* : “Kezaliman rejim Zionis sebenarnya hanya akan menggali kubur diri mereka sendiri.” Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ber...9 months ago
-
-
-
'Rasul Melayu' dipenjara 10 tahun, 6 sebatan - Ketua ajaran sesat "Rasul Melayu", Abdul Kahar Ahmad hari ini dijatuhi hukuman penjara 10 tahun, denda RM16,500 dan enam sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syar...15 years ago
-
RENUNGAN UNTUK SEMUA BANGSA MELAYU - Renungan Untuk Bangsa MELAYU: tak kira PAS, KeADILan atau UMNO. ...18 years ago
-
No Response to "MCA bermesyuarat dalam krisis"
Leave A Reply