Tuesday, October 20, 2009
Dua haluan PAS kuatkan bukan Islam
Jawatankuasa pusat PAS masih beriltizam untuk menaikkan taraf kelab penyokong bukan Islam sebagai sayap parti bertaraf dewan walaupun ada pandangan yang tidak bersetuju dengannya.
Komitmen itu disuarakan "secara umum" oleh anggota-anggota jawatankuasa itu dalam mesyuarat hujung minggu di ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur, kata Ketua Pemuda PAS.
"PAS pusat (masih) menunggu draf cadangan menjadikan Kelab Penyokong PAS (KPP) menjadi sayap parti sebelum keputusan rasmi dibuat, sama ada melibatkan pindaan perlembagaan atau penambahan peraturan kecil (dalam perlembagaan)," kata Nasrudin Hassan ketika dihubungi hari ini.
Tambahnya, isu menaikkan taraf KPP tidak dibincangkan secara khusus dalam mesyuarat tersebut.
Malaysiakini difahamkan draf awal jawatankuasa teknikal bagi mengkaji kemungkinan meminda perlembagaan parti bagi menaik taraf KPP telah diserahkan ke ibu pejabat.
Jawatankuasa teknikal ini telah mengadakan pertemuan di Kedah bulan lepas – dengan penyertaan anggota Majlis Syura Ulama – bagi membincangkan isu tersebut tetapi majoriti tidak bersetuju menaikkan taraf KPP sebagai dewan.
Ahli-ahli bukan Islam, jika diberikan kuasa sebagai dewan, dibimbangi akan mendesak PAS untuk mengubah dasar-dasar parti.
Bagaimanapun jawatankuasa teknikal itu bersetuju memperkasakan KPP tetapi masih lagi dikawal selia di peringkat jawatankuasa pusat PAS, bukannya sebagai sayap parti.
Seorang anggota jawatankuasa pusat PAS Hashim Jasin pula berkata jawatankuasa itu kelmarin belum bersedia meminda perlembagaan untuk menguatkan lagi penyertaan bukan Islam.
Ahli jawatankuasa PAS, yang juga pengerusi lajnah perpaduan nasional yang ditugaskan menyelia KPP, Mujahid Yusof setakat ini gagal dihubungi.-malaysiakini.com
SUMBER BERITA LAIN
-
JKR Pahang: Kerja Pembaikan Jambatan Bailey Di Jalan Kuantan - Segamat Bermula Awal Minggu Depan - *PEKAN*: Kerja-kerja pembaikan jambatan Bailey di Seksyen 102, Laluan Persekutuan 12 Jalan Kuantan-Segamat yang mengalami kerosakan akan bermula awal mi...1 week ago
-
-
KEMeNANGAN YANG DINANTI DI PADANG SERAI DAN TIOMAN - Cuaca kelihatan agak baik dan ini merupakan faktor penting mendorong peratusan undi yang lebih besar. Saya jangkakan kemenangan lebih besar dan bergaya aka...1 year ago
-
-
'Rasul Melayu' dipenjara 10 tahun, 6 sebatan - Ketua ajaran sesat "Rasul Melayu", Abdul Kahar Ahmad hari ini dijatuhi hukuman penjara 10 tahun, denda RM16,500 dan enam sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syar...14 years ago
-
RENUNGAN UNTUK SEMUA BANGSA MELAYU - Renungan Untuk Bangsa MELAYU: tak kira PAS, KeADILan atau UMNO. ...17 years ago
-
No Response to "Dua haluan PAS kuatkan bukan Islam"
Leave A Reply