
Friday, October 16, 2009
Keputusan Kes Gantung Gobind Pada 22 Okt Ini
KUALA LUMPUR, 13 Okt [3.25 pm] - Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) menetapkan 22 Oktohttp://www.blogger.com/img/blank.gifber untuk keputusannya berhubung permohonan Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo (foto), untuk menarik balik arahan penggantungannya selama setahun yang dikenakan oleh Speaker Dewan Rakyat, pada Mac tahun ini. Pesuruhjaya Kehakiman Mohd Ariff Md Yusof memaklumkan peguam Gobind, Karpal Singh dan Peguam Kanan Persekutuan Azizah Nawawi untuk memfailkan hujahan bertulis mengenai Seksyen 32 dan 33 Akta Dewan Rakyat (Hak Istimewa) 1952. Mohd Ariff berkata mahkamah memerlukan penjelasan berhubung isu pengiraan semula sama ada seorang Ahli Parlimen yang digantung boleh dilucutkan elaun dan faedahnya. "Saya perlu kedua-dua pihak untuk memfailkan hujahan bertulis masing-masing Jumaat ini walaupun saya sedar Dewan Rakyat mempunyai kuasa untuk memecat anggotanya," katanya. Mohd Ariff juga mahu mereka memasukkan dalam hujahan bertulis mengenai kedudukan undang-undang lazim dalam isu ini. Pada 23 April, Gobind memfailkan saman pemula di Mahkamah Tinggi di sini, bagi memohon satu pengisytiharan bahawa penggantungannya sebagai Ahli Parlimen adalah batal dan tidak sah dan dalam samannya, beliau mendakwa bahawa penggantungan selama setahun, berkuatkuasa 16 Mac, bertentangan dengan Artikel 8 (1) Perlembagaan Persekutuan. Beliau menamakan Speaker Dewan Rakyat, Mohamed Nazri, Setiausaha Dewan Rakyat dan kerajaan sebagai defendan. Gobind memohon untuk mengisytihar bahawa surat bertarikh 18 Mac dan ditandatangani Setiausaha Dewan Rakyat, Datuk Roosme Hamzah, yang menggantung beliau sebagai Ahli Parlimen dan menarik semua elaun dan faedah sebagai Ahli Parlimen, adalah batal dan tidak sah kerana ia tidak boleh dikuatkuasakan di sini undang-undang. Gobind, 36, juga mahu satu pengisytiharan bahawa beliau berhak kepada elaun dan kemudahan mengikut Artikel 64 dan bahawa prosiding dan keputusan Dewan Rakyat adalah tidak kebal untuk diadili di mahkamah.-pahangdaily.blogspot.com
SUMBER BERITA LAIN
-
Ibu Pelajar UnIPSAS Kemalangan Dakwa Muhammad Firdaus Anak Baik, Doakan Anaknya Tenang Di Alam Sana - *KUANTAN: *"Arwah memang sangat baik dan tak melawan cakap. Sebagai ibu, saya doakan dia tenang di sana bersama para solihin," kata Norizan Mat, 48, ibu ...16 hours ago
-
Rejim Zionis Israel gali kubur sendiri – Tuan Guru Abdul Hadi - * KUALA LUMPUR* : “Kezaliman rejim Zionis sebenarnya hanya akan menggali kubur diri mereka sendiri.” Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ber...9 months ago
-
-
-
'Rasul Melayu' dipenjara 10 tahun, 6 sebatan - Ketua ajaran sesat "Rasul Melayu", Abdul Kahar Ahmad hari ini dijatuhi hukuman penjara 10 tahun, denda RM16,500 dan enam sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syar...15 years ago
-
RENUNGAN UNTUK SEMUA BANGSA MELAYU - Renungan Untuk Bangsa MELAYU: tak kira PAS, KeADILan atau UMNO. ...18 years ago
-
No Response to "Keputusan Kes Gantung Gobind Pada 22 Okt Ini"
Leave A Reply