Saturday, October 17, 2009
PAS Tidak Bimbang Dengan Perubahan UMNO

Pas tidak bimbang dengan kesungguhan Umno untuk menawan semula negeri-negeri yang ditadbir pakatan pembangkang kerana menganggap amalan sistem demokrasi membenarkan perkara seumpama itu berlaku. Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar (foto), bagaimanapun berkata usaha menawan semula negeri berkenaan haruslah mengikut lunas demokrasi. "Kita langsung tidak bimbang dengan ikrar Umno pada perhimpunan parti itu baru-baru ini kerana ia adalah perkara biasa dalam amalan demokrasi tetapi Umno harus melakukannya dalam pilihan raya umum akan datang dan bukannya seperti mana yang berlaku di Perak," katanya kepada pemberita di sini hari ini.Katanya, Pas tidak menganggap mereka tergugat walaupun pemimpin Umno kini semakin serius melakukan perubahan termasuk membuat pindaan beberapa fasal perlembagaan parti. Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak, dalam ucapan dasar perhimpunan agung parti itu berkata, Umno harus berubah untuk membolehkan parti itu mendapat sokongan rakyat dan menawan semula negeri yang ditadbir pembangkang.
SUMBER BERITA LAIN
-
Pahang Lulus Tambahan Kategori Bagi Program Tunas Makmur 2025, Seramai 21,026 Pelajar SPM Dapat Bantuan Bernilai RM1.05 Juta - *KUANTAN:* Kerajaan Negeri Pahang meluluskan penambahan kategori bagi Program Tunas Makmur 2025 kepada 21,026 pelajar yang menduduki peperiksaan Sijil Pe...7 hours ago
-
Rejim Zionis Israel gali kubur sendiri – Tuan Guru Abdul Hadi - * KUALA LUMPUR* : “Kezaliman rejim Zionis sebenarnya hanya akan menggali kubur diri mereka sendiri.” Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ber...1 year ago
-
-
-
'Rasul Melayu' dipenjara 10 tahun, 6 sebatan - Ketua ajaran sesat "Rasul Melayu", Abdul Kahar Ahmad hari ini dijatuhi hukuman penjara 10 tahun, denda RM16,500 dan enam sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syar...16 years ago
-
RENUNGAN UNTUK SEMUA BANGSA MELAYU - Renungan Untuk Bangsa MELAYU: tak kira PAS, KeADILan atau UMNO. ...18 years ago
-


No Response to "PAS Tidak Bimbang Dengan Perubahan UMNO"
Leave A Reply