Tuesday, October 20, 2009
Anwar: Pakatan Rakyat tidak berpecah

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi bahawa kepimpinan Pakatan Rakyat komited dalam memperkukuhkan gabungan tersebut walaupun terdapat laporan mengenai wujudnya pergeseran antara pemimpin tertingginya.
'Komitmen yang diberikan oleh pucuk pimpinan parti adalah jelas," katanya sambil menambah bahawa mereka akan menangani apa sahaja kelemahan melalui bekerjasama sebagai satu pasukan.
Anwar menegaskan demikian dalam satu sidang akhbar bersama dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang.
Sebagai tanda komitmen mereka, pemimpin tinggi dari DAP dan PAS turut hadir di sidang akhbar tersebut, termasuk Naib Presiden PKR, Azman Ali dan Datuk Zaid Ibrahim, yang dipertanggungjawabkan untuk menyediakan draf rangka kerja dasar bersama Pakatan.
Anwar juga menegaskan bahawa beliau tidak bimbang dengan komitmen pucuk pimpinan Pakatan untuk terus memperkukuhkan kerjasama dalam gabungan tersebut.
Bagaimanapun, katanya, mereka bersetuju bahawa kadang-kadang wujud ketidakselesaan di peringkat akar umbi.
Anwar juga mengingatkan bahawa perbezaan antara pemimpin gabungan itu perlu diselesaikan secara bermuafakat melalui saluran yang ada.
Bagaimanapun, katanya, mereka tidak akan bertolak ansur dengan sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menjejaskan hubungan dalam Pakatan, terutama di peringkat akar umbi.
"Saya tidak bimbang langsung terhadap hubungan kami di peringkat pusat tetapi Umno sudah tentunya akan terus memainkan isu-isu tersebut," kata Anwar lagi.
Beliau juga menafikan wujudnya pergeseran antara Azmin - yang mempunyai masalah dengan para pemimpin PKR Sabah - dengan Zaid, yang telah melawat negeri itu walaupun mendakwa beliau telah dilarang ke sana oleh pucuk pimpinan parti itu.
Azmin telah dipetik dalam laporan media sebagai berkata Zaid tidak dihalang oleh sesiapa pun dalam parti itu daripada menghadiri majlis parti itu di Sabah.
Beliau menggesa Zaid memperjelaskan apa yang dimaksudkannya apabila beliau berkata ketua umum parti itu, Anwar Ibrahim tidak memberi restu kepadanya (Zaid) untuk melawat negeri itu.-http://malaysiakini.com/bm/
SUMBER BERITA LAIN
-
Pahang Lulus Tambahan Kategori Bagi Program Tunas Makmur 2025, Seramai 21,026 Pelajar SPM Dapat Bantuan Bernilai RM1.05 Juta - *KUANTAN:* Kerajaan Negeri Pahang meluluskan penambahan kategori bagi Program Tunas Makmur 2025 kepada 21,026 pelajar yang menduduki peperiksaan Sijil Pe...7 hours ago
-
Rejim Zionis Israel gali kubur sendiri – Tuan Guru Abdul Hadi - * KUALA LUMPUR* : “Kezaliman rejim Zionis sebenarnya hanya akan menggali kubur diri mereka sendiri.” Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ber...1 year ago
-
-
-
'Rasul Melayu' dipenjara 10 tahun, 6 sebatan - Ketua ajaran sesat "Rasul Melayu", Abdul Kahar Ahmad hari ini dijatuhi hukuman penjara 10 tahun, denda RM16,500 dan enam sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syar...16 years ago
-
RENUNGAN UNTUK SEMUA BANGSA MELAYU - Renungan Untuk Bangsa MELAYU: tak kira PAS, KeADILan atau UMNO. ...18 years ago
-


No Response to "Anwar: Pakatan Rakyat tidak berpecah"
Leave A Reply