Friday, October 16, 2009

MCA, lihat Umno selesai masalah: PM

Posted on 8:07 AM by the moon


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mahu MCA menyelesaikan krisis parti itu mengikut cara yang bukan sahaja betul daripada segi undang-undang tetapi juga yang diterima daripada segi moral dan politik.

Beliau berkata kegagalan berbuat demikian akan mengakibatkan parti itu kehilangan sokongan masyarakat Cina.

"Penyelesaiannya mestilah betul daripada segi prinsip undang-undang, moral dan politik, jika tidak MCA tidak akan dapat memenangi sokongan masyarakat Cina," katanya kepada pemberita selepas berakhirnya perhimpunan agung Umno di Kuala Lumpur hari ini.

Najib yang juga pengerusi BN berkata MCA perlu mendapatkan inspirasi daripada Umno mengenai bagaimana untuk menyelesaikan krisis.

"Umno telah berjaya menyusun dan memperkukuhkan parti. Diharapkan parti-parti komponen yang lain juga akan menjadikan Umno sebagai contoh," katanya.

Semalam, jawatankuasa pusat MCA mengadakan mesyuarat dan mencetuskan satu lagi kejutan apabila presiden parti Datuk Seri Ong Tee Keat memutuskan untuk memanggil satu lagi mesyuarat agung luar biasa (EGM) untuk memutuskan sama ada parti itu patut mengadakan pemilihan baru.

Ong enggan melepaskan jawatan presiden MCA, menyatakan beliau masih "ada tugas yang belum diselesaikan" melibatkan parti, manakala Datuk Seri Liow Tiong Lai dilantik sebagai timbalan presiden.

Najib yang juga presiden Umno berkata beliau akan memberikan masa kepada MCA untuk menyelesaikan krisis itu tetapi tiada tarikh akhir ditetapkan.

"Tiada tempoh masa tetapi saya mahu melihat masalah ini diselesaikan. Mereka berjanji akan berbuat demikian secepat mungkin," katanya.-malaysiakini.com

No Response to "MCA, lihat Umno selesai masalah: PM"

Leave A Reply

SUMBER BERITA LAIN

NEWS WORLD

IKLAN