Thursday, October 15, 2009
Siswa UIA serik boikot e-undi
Kumpulan pro-Mahasiswa di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) sudah serik untuk memboikot lagi pilihan raya kampus setelah hilang "hilang suara" apabila berbuat demikian pada 2005.
Pengerusi kumpulan tersebut Mohd Naserul Mohd berkata, akibat tindakan mereka tidak menghantar calon pada pemilihan kampus empat tahun lalu, pemimpin-pemimpin pro-Aspirasi mendapat kemenangan percuma.
"Kita lihat waktu itu, mereka (universiti) boleh buat apa sahaja, membawa masuk artis luar, buat konsert dan pelbagai program hiburan," kata penuntut tahun akhir di Fakulti Pengajian Ilmu Wahyu itu.
Naserul diminta menjelaskan tindakan kumpulannya yang tidak bergabung bersama persatuan mahasiswa di universiti utama di Lembah Klang – Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Putra Malayasia (UPM) – bagi menentang pelaksanaan e-undi di kampus masing-masing.
Selain UM dan UKM, Universiti Utara Malaysia (UUM) juga memperkenalkan sistem pengundian secara elektronik bagi sesi pemilihan wakil-wakil Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) kali ini.
Tiada pemulauan berjalan di UUM walaupun wujud bantahan awal. Dua pemimpin pro-Mahasiswa berjaya menang dalam pilihan raya kampus itu, Isnin lalu.
UPM memperkenalkannya pada 2003 dan kumpulan pro-Mahasiswa di kampus itu memulaukannya dua tahun berturut-turut, 2005 dan 2006.
Kini kumpulan-kumpulan pro-Mahasiswa, yang bertentangan dengan pro-Aspirasi, membentuk Gabungan Mahasiswa Bantah E-Undi (BANTAH) untuk mempergiatkan lagi bantahan mereka.
Ia menggabungkan 18 badan mahasiswa, antaranya Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM), Gerakan Demokratik Belia dan Pelajar Malaysia (Dema) dan Kumpulan Aktivis Media Indipenden (KAMI).
Dalam sidang media bersama pada 9 Oktober lalu, ia turut berura-ura memboikot pilihan raya kampus masing-masing sekiranya sistem pengundian berkomputer tetap dijalankan.
Dihubungi Malaysiakini hari ini, Mohd Naserul berkata, walaupun tidak akan memulaukan pilihan raya kampus UIA, pihaknya tetap menyokong tindakan BANTAH.
"Kami sendiri, walaupun menang besar sebelum ini, tetapi kecurigaan wujudnya manipulasi (undi) itu masih ada," katanya, yang mendakwa sistem komputer mudah disunting dan diubah.
Aktivis We Unite for Islam (Wufi) itu – kelompok yang dianggap beraliran pro-Mahasiswa di UIA – juga menyifatkan pembatalan sistem pengundian berkomputer di universiti lain seperti UM lebih mendesak ekoran suasana politik kampusnya yang lebih panas.
"(UIA) keadaannya berbeza, tidak hebat sangat macam di UM yang ada gaduh, (insiden) kepala babi diletakkan dalam suraulah. Dari segi pentadbiran pula, di sini campur tangannya tidak berapa sangat," kata Mohd Neserul.
Malaysiakini difahamkan, tiada bantahan di universiti utama di luar Lembah Klang – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Sains Malaysia (USM) – kerana tiada ura-ura universiti berkenaan akan memperkenalkan sistem tersebut.-malaysiakini.com
SUMBER BERITA LAIN
-
Pekebun Haram Durian Musang King Raub Belum Buat Keputusan Mahu Failkan Rayuan Atau Pun Tidak - *KUANTAN:* Keputusan Mahkamah Tinggi Kuantan yang menolak permohonan 186 pekebun haram durian Musang King terhadap semakan kehakiman terhadap notis araha...5 hours ago
-
-
KEMeNANGAN YANG DINANTI DI PADANG SERAI DAN TIOMAN - Cuaca kelihatan agak baik dan ini merupakan faktor penting mendorong peratusan undi yang lebih besar. Saya jangkakan kemenangan lebih besar dan bergaya aka...1 year ago
-
-
'Rasul Melayu' dipenjara 10 tahun, 6 sebatan - Ketua ajaran sesat "Rasul Melayu", Abdul Kahar Ahmad hari ini dijatuhi hukuman penjara 10 tahun, denda RM16,500 dan enam sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syar...14 years ago
-
RENUNGAN UNTUK SEMUA BANGSA MELAYU - Renungan Untuk Bangsa MELAYU: tak kira PAS, KeADILan atau UMNO. ...17 years ago
-
No Response to "Siswa UIA serik boikot e-undi"
Leave A Reply