
Friday, October 16, 2009
Mahkamah Arah Kerajaan Pahang Bayar RM65J
KUANTAN, 14 Okt [11.25 am] - Kerajaan Pahang di ambang bangkrap apabila Mahkamah Rayuan Putrajaya pada 9 Oktober lalu mengekal keputusan Mahkamah Tinggi Kuantan yang mengarahkan mereka membayar RM65 juta kepada syarikat pembalakan, Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd. Seruan Gemilang adalah antara empat syarikat yang menyaman kerajaan Pahang membabitkan nilai keseluruhan RM300 juta ketika Datuk Seri Adnan Yaakob (foto) menjadi Menteri Besar, antara April dan Ogos lalu. Syarikat lain ialah Asia Chart Sdn Bhd (RM200 juta), Spag'n Plantation Sdn Bhd (RM209 juta) dan Upayapadu Sdn Bhd (RM24 juta), selain tuntutan pelbagai pihak ketika Tan Sri Khalil Yaacob sebagai MB. Jumlah keseluruhan saman yang ditanggung kerajaan negeri ialah kira-kira lima bilion berikutan amalan penyelewengan, rasuah dan konisme yang membudayai parti pemerintah itu. Walaupun Mahkamah Rayuan Putrajaya melepaskan Adnan sebagai responden dan diganti Pegawai Kewangan Negeri tapi keputusan Mahkamah Tinggi Kuantan pada 2007 supaya membayar RM65 juta, kekal. Keputusan itu dibuat tiga panel hakim diketuai oleh Datin Paduka Zaleha Zahari bersama Datuk Sulaiman Daud dan Datuk Jeffrey Tan Kok Wha. Berikutan pertukaran responden itu, Karpal Singh yang mewakili syarikat itu akan mengeluarkan suatu perakuan baru bagi menuntut pembayaran daripada Pegawai Kewangan Negeri Pahang. Di luar mahkamah, Pengarah SGM, Saiyeed Ali berkata, pihaknya hanya mahu pihak terbabit membayar seperti yang diputuskan mahkamah. "Sebelum ini, kita memohon perintah mandamus kepada kerajaan negeri dan tiada bantahan sehingga mahkamah mengeluarkan sijil mengikut Seksyen 33(1) APK, 1956 (Akta) pada Mac 2008," katanya.
Pada 12 Oktober lalu, Saiyeed Ali Al-Habsyee (foto), menghantar sijil perintah mandamus yang diterimanya pada 7 Mac 2008 untuk diserah kepada Pegawai Kewangan Negeri Pahang dan perlu dilunaskan dalam 14 hari. Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail menganggap keputusan mahkamah berkaitan pengekalan keputusan dan penukaran responden, tepat dengan mengambil kira kapasiti Adnan sebagai Menteri Besar. "Jika Adnan tidak mampu membayar wang atau diisytihar bankrap, masalah lain timbul," katanya. Pada 27 Ogos 2007, syarikat itu menghantar surat tuntutan kepada defendan yang menuntut bayaran bagi jumlah penghakiman sehingga sijil mengikut Seksyen 33(1) APK, 956 (Akta) dikeluarkan tapi bayaran itu tidak diterima. Pada 25 Mei 2007 pula, Mahkamah Tinggi Kuantan mengarahkan kerajaan Pahang membayar syarikat itu RM37,127,471.60 bersama faedah lapan peratus setahun mulai 31 Dis 2000 kerana melanggar kontrak konsesi pembalakan di kawasan seluas 4,000 hektar milik UMNO negeri di Pekan.-pahangdaily.blogspot.com
SUMBER BERITA LAIN
-
Ibu Pelajar UnIPSAS Kemalangan Dakwa Muhammad Firdaus Anak Baik, Doakan Anaknya Tenang Di Alam Sana - *KUANTAN: *"Arwah memang sangat baik dan tak melawan cakap. Sebagai ibu, saya doakan dia tenang di sana bersama para solihin," kata Norizan Mat, 48, ibu ...17 hours ago
-
Rejim Zionis Israel gali kubur sendiri – Tuan Guru Abdul Hadi - * KUALA LUMPUR* : “Kezaliman rejim Zionis sebenarnya hanya akan menggali kubur diri mereka sendiri.” Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ber...9 months ago
-
-
-
'Rasul Melayu' dipenjara 10 tahun, 6 sebatan - Ketua ajaran sesat "Rasul Melayu", Abdul Kahar Ahmad hari ini dijatuhi hukuman penjara 10 tahun, denda RM16,500 dan enam sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syar...15 years ago
-
RENUNGAN UNTUK SEMUA BANGSA MELAYU - Renungan Untuk Bangsa MELAYU: tak kira PAS, KeADILan atau UMNO. ...18 years ago
-
No Response to "Mahkamah Arah Kerajaan Pahang Bayar RM65J"
Leave A Reply