Friday, October 16, 2009
VCD ucapan Ishak usik Najib laris

Cakera padat video (VCD) ucapan wakil Negeri Sembilan Datuk Ishak Ismail pada perhimpunan agung Umno 2009 begitu laris dijual seperti pisang goreng panas pada hari terakhir perhimpunan itu di Kuala Lumpur hari ini.
Beliau yang membahaskan usul ucapan dasar presiden Umno semalam telah mencuit hati para pewakilan dengan kisah lucu dan cerita jenaka hingga membuatkan para pemimpin Umno serta perwakilan tidak kering gusi, menjadikan VCD ucapannya diminati ramai.
VCD dengan harga RM10 sekeping berjaya dijual syarikat pengeluar VCD itu, Syarikat AML Technology Sdn Bhd, hampir 1,000 keping.
Jurujual syarikat itu Syawal Mahmud berkata pihaknya sehingga kini terpaksa meningkatkan jumlah pengeluaran VCD ucapan Ishak yang menerima permintaan yang begitu tinggi.
"Sejak semalam sehingga ke petang ini hampir 1,000 dijual, setahu saya ini VCD ucapan perwakilan paling laris dijual di Perhimpunan Agung Umno," katanya.
Selain VCD ucapan Ishak, VCD ucapan dasar Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak, ucapan Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa perasmian perhimpunan agung Pemuda, Wanita dan Puteri serta ucapan ketua-ketua sayap parti dan juga para perwakilan negeri dan tiga sayap yang membahas usul ucapan dasar oresiden turut dijual.-malaysiakini.com
SUMBER BERITA LAIN
-
Pahang Lulus Tambahan Kategori Bagi Program Tunas Makmur 2025, Seramai 21,026 Pelajar SPM Dapat Bantuan Bernilai RM1.05 Juta - *KUANTAN:* Kerajaan Negeri Pahang meluluskan penambahan kategori bagi Program Tunas Makmur 2025 kepada 21,026 pelajar yang menduduki peperiksaan Sijil Pe...7 hours ago
-
Rejim Zionis Israel gali kubur sendiri – Tuan Guru Abdul Hadi - * KUALA LUMPUR* : “Kezaliman rejim Zionis sebenarnya hanya akan menggali kubur diri mereka sendiri.” Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ber...1 year ago
-
-
-
'Rasul Melayu' dipenjara 10 tahun, 6 sebatan - Ketua ajaran sesat "Rasul Melayu", Abdul Kahar Ahmad hari ini dijatuhi hukuman penjara 10 tahun, denda RM16,500 dan enam sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syar...16 years ago
-
RENUNGAN UNTUK SEMUA BANGSA MELAYU - Renungan Untuk Bangsa MELAYU: tak kira PAS, KeADILan atau UMNO. ...18 years ago
-


No Response to "VCD ucapan Ishak usik Najib laris"
Leave A Reply