
Monday, October 19, 2009
Yasmin, Lat ikon 1Malaysia di Perak
Pengarah filem dan iklan terkenal allahyarham Yasmin Ahmad dan kartunis Lat mendapat pengiktirafan kerajaan Perak apabila
diumumkan sebagai antara enam ikon 1Malaysia Perak pada majlis pelancaran program 1Malaysia Bersama Rakyat peringkat negeri di Ipoh malam tadi.
Yasmin yang meninggal dunia Julai lepas menerima penghormatan berkenaan atas sumbangannya menerokai falsafah 1Malaysia menerusi iklan dan filem arahannya selain keterbukaan dan keberanian beliau mengupas isu-isu kemasyarakatan dalam karya-karyanya.
Lat atau nama sebenarnya Datuk Mohamad Nor Khalid pula atas keupayaannya menyentuh jiwa rakyat Malaysia dan membuktikan konsep sebenar 1Malaysia menerusi lakaran kartunnya yang merupakan cerminan kepada perpaduan kaum di negara ini.
Empat lagi Ikon 1Malaysia Negeri Perak adalah aktivis sosial Tan Sri Lee Lam Thye, Dr Ayob a/l Bah Los iaitu anak Orang Asli dari Tapah yang berjaya menjadi doktor pada 1989 dan C Sarmugam yang bergiat aktif dalam aktiviti Rukun Tetangga di Taiping.
Abdul Rahim Nor Mohd pula telah membuktikan bahawa nilai persahabatannya dengan bekas majikannya yang berbangsa Cina merupakan satu jelmaan nilai dan semangat 1Malaysia yang tidak ternilai.
Beliau tetap setia menjaga bekas majikannya itu yang terlantar sakit selama 20 tahun sehingga ke akhir hayat majikannya itu.
Kira-kira 50,000 rakyat pelbagai kaum memenuhi Stadium Perak untuk menyaksikan majlis pelancaran oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang turut dimeriahkan lagi dengan persembahan oleh peserta pelbagai kaum yang menggambarkan konsep 1Malaysia.
Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim serta beberapa menteri Kabinet.
Selain persembahan nyanyian dan kesenian, program yang dilancarkan pada 8.45 malam itu juga dimeriahkan dengan pelbagai acara seperti pameran dan gerai jualan yang bermula sejak pagi semalam.
Program itu julung kali diadakan dan ia akan dilancarkan di setiap negeri selepas Perak.
Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan dijangka akan memperluaskan program itu ke Selangor selepas program di Perak. BERNAMA-malaysiakini.com
SUMBER BERITA LAIN
-
Ibu Pelajar UnIPSAS Kemalangan Dakwa Muhammad Firdaus Anak Baik, Doakan Anaknya Tenang Di Alam Sana - *KUANTAN: *"Arwah memang sangat baik dan tak melawan cakap. Sebagai ibu, saya doakan dia tenang di sana bersama para solihin," kata Norizan Mat, 48, ibu ...17 hours ago
-
Rejim Zionis Israel gali kubur sendiri – Tuan Guru Abdul Hadi - * KUALA LUMPUR* : “Kezaliman rejim Zionis sebenarnya hanya akan menggali kubur diri mereka sendiri.” Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ber...9 months ago
-
-
-
'Rasul Melayu' dipenjara 10 tahun, 6 sebatan - Ketua ajaran sesat "Rasul Melayu", Abdul Kahar Ahmad hari ini dijatuhi hukuman penjara 10 tahun, denda RM16,500 dan enam sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syar...15 years ago
-
RENUNGAN UNTUK SEMUA BANGSA MELAYU - Renungan Untuk Bangsa MELAYU: tak kira PAS, KeADILan atau UMNO. ...18 years ago
-
No Response to "Yasmin, Lat ikon 1Malaysia di Perak"
Leave A Reply